Ashleysid
Selepas terselamat dari kemalangan tragis yang meragut seluruh ingatannya, Qiu Dingjie (27) bangkit dari koma yang panjang. Dunia di sekelilingnya terasa asing, dan yang paling asing adalah seorang lelaki dominan, Huang Xing (26), CEO gergasi industri hiburan, yang mendakwa diri sebagai suaminya.
Walaupun mereka terikat dengan cincin dan status perkahwinan, Dingjie hanya merasakan ketidakselesaan yang luar biasa. Dia keliru dengan jarak emosi yang dingin, dan ketiadaan sebarang keintiman fizikal yang sepatutnya wujud antara pasangan. Setiap pandangan Huang Xing yang penuh dedikasi terasa seperti penyesalan yang terselindung.
Semakin Dingjie mendalami kehidupan barunya, semakin kuat dia ditarik ke dalam aura berkuasa Huang Xing. Namun, kebahagiaan itu musnah apabila Huang Xing, tanpa amaran, menghulurkan dokumen perceraian, menegaskan bahawa perpisahan ini adalah jalan terbaik "demi kebaikan kami berdua" dan untuk membebaskan Qiu Dingjie dari beban rahsia lalu mereka.
Tindakan itu menghancurkan Qiu Dingjie. Bagaimana mungkin dia diceraikan oleh seseorang yang baru mula dicintainya?
Dingjie kini sedar, satu-satunya cara untuk melawan adalah dengan menjadi yang lebih agresif. Berbekalkan naluri tanpa ingatan, Dingjie bertekad untuk memecah benteng pertahanan suami yang lebih muda itu. Dia tahu ada sesuatu yang jauh lebih penting dari sekadar ingatan yang perlu diselamatkan iaitu sebuah pewaris yang terancam, dan peluang untuk membina semula cinta mereka dari awal, melalui sentuhan dan janji yang baru.