itsmesyafffff_
Nur Aina Amira,
Seorang gadis yang cantik dan lemah lembut. Pada masa yang sama , dia seorang yang periang , manja dan keras kepala. Namun dia mempunyai sisi lain yang ramai tidak tahu , hanya orang terdekat sahaja yang tahu. Dia anak kedua dalam tiga orang adik beradik dan mempunyai seorang teman lelaki bernama Tengku Daniel Aiman.
Muhammad Daniel Aiman,
Seorang lelaki yang sangat tampan dan dingin. Namun dia sangat manja , nakal , peramah , keras kepala , penyayang dan hanya orang tertentu sahaja yang dapat melihat perangai itu. Dia anak ketiga dalam empat orang adik beradik dan mempunyai seorang kembar lelaki bernama Tengku Danish Aiman.
"Awak janji takkan tinggalkan saya kan ?" - Aina Amira.
"Apa awak ni ? Saya sayang hubungan kita ni tau" - Daniel Aiman.
Mereka telah bercinta selama 4 tahun dan digelar sebagai 'hot couple' di sekolah itu kerana keduanya sangat terkenal dalam kalangan pelajar serta guru. Ramai yang menggemari pasangan itu kerana bagi mereka , pasangan itu sangat sepadan. Namun , kehadiran seseorang telah menghancurkan segalanya.
"Awak dah hancurkan hati saya dan awak dah hancurkan hubungan yang telah kita bina selama 4 tahun ni"- Aina Amira.
"Kau blah lah"- Daniel Aiman.
"Apa semua ni bro?"- Danish Aiman.
"Kau dah giler ke Daniel?"- Farhana.
"Sampai hati kau"- Iskandar.
"Padan muka kau"- Seseorang.
Hubungan persahabatan yang terjalin , musnah.
Hubungan adik-beradik yang disusah senang , renggang.
Hubungan percintaan yang mesra , terputus.
Hubungan yang sangat disayangi mereka , musnah dalam sekelip mata.
Namun apabila semuanya sudah kembali seperti biasa , Aina pula terpaksa membawa diri ke luar negara. Dapatkah Daniel mengecapi cinta Aina kembali ? Dapatkah mereka menyambung kembali kisah mereka atau sebaliknya ?