kasyafimani14
Inara, seorang gadis di penghujung usia 20-an, menolak cadangan ibunya untuk bertaaruf dengan Zuhair, lelaki yang dikenalnya sejak kecil. Walaupun Zuhair kini sudah berjaya, berpendidikan tinggi, dan disegani ramai, kenangan lama tentang siapa Zuhair dahulu masih membayangi fikiran Inara. Baginya, perubahan luaran tidak cukup untuk memadam sejarah yang pernah mencalar hatinya.
Dia memilih untuk menjauh. Dia yakin hatinya tidak mampu menerima lelaki itu sebagai suami. Bagi Inara, cinta tidak boleh dipaksa hanya kerana desakan keluarga atau penilaian orang lain.
Namun, hidup tidak pernah berjalan seperti yang dirancang. Satu peristiwa yang tidak dijangka menjatuhkan Inara dalam keadaan yang serba salah. Maruah keluarga menjadi pertaruhan. Dalam keadaan terdesak, Inara terpaksa membuat keputusan yang tidak pernah terlintas di fikirannya.
Dia kembali kepada lelaki yang pernah ditolaknya. Bukan lagi sebagai calon pilihan ibu, tetapi sebagai satu-satunya jalan keluar yang dia ada. Dengan perasaan bercampur baur, Inara melamar Zuhair.
Kerana jika Zuhair benar takdirnya, melarikan diri sejauh mana pun tidak akan mengubah apa-apa. Cepat atau lambat, dia tetap akan kembali ke titik mula.