Dramamelayu cerita

Saring berdasarkan tag:
dramamelayu
dramamelayu

7 Cerita

  • Bukan Bayangan Dia oleh yayaavila
    yayaavila
    • WpView
      Membaca 20
    • WpPart
      Bab 9
    Dua wajah yang serupa. Dua hati yang berbeza. ​Maya - Gadis lembut yang mencintai dalam senyap dan sanggup berkorban apa sahaja. Mina - Kembar yang gilakan perhatian dan menggunakan kecantikan sebagai senjata. Ryan - CEO dingin yang menyangka dia telah menemui cinta sejati, tanpa menyedari dia sedang ditipu oleh bayangan. ​Semakin Ryan mengejar Mina, semakin banyak kebaikan "Mina" yang dirasakannya. Namun Ryan tidak tahu, setiap kebaikan, perhatian, dan kasih sayang yang dirasainya itu... sebenarnya milik Maya. ​Apabila topeng rahsia mula retak, siapakah yang akhirnya berada di hati Ryan? Dan adakah Maya masih ada untuk menunggunya?
  • Dedaun Hijau Di Angin Lalu oleh HashAuliaEbooks
    HashAuliaEbooks
    • WpView
      Membaca 2,354
    • WpPart
      Bab 2
    INTAN dibesarkan dalam suasana penuh ranjau di sebuah pulau. Kelahirannya diselubungi tanda tanya dia dipandang hina oleh orang kampung kerana dianggap seorang anak luar nikah. Namun Intan sentiasa bersabar dan terus berusaha untuk menjadi seorang yang mempunyai pekerti yang baik. ASSAD pula seorang doktor muda yang berasal daripada keluarga berada di tanah besar. Sungguhpun begitu, dia sering berhadapan dengan tipu daya sehingga dia tidak mudah mempercayai ketulusan hati orang lain dan adakalanya dia memilih untuk bersikap sinis, hingga ada yang terluka dan kecewa. Takdir telah menemukan dua insan yang datang daripada berlainan arah. Malangnya, pertemuan itu dinodai fitnah orang. Intan dan Assad dipaksa bersatu dalam ikatan perkahwinan yang tidak diingini.
  • Madu oleh missred_author
    missred_author
    • WpView
      Membaca 23,780
    • WpPart
      Bab 33
    Perkataan 'madu', mungkin bunyinya agak gerun untuk didengar. Bahkan ia umpama momok bagi seorang wanita yang bergelar isteri. Tiada wanita di dunia ini yang rela digelar dengan sebutan itu, kecuali seorang wanita bernama Mastura. Sanggup merayu belas ehsan dari Sara Liyana kenalanannya, agar mahu berkahwin dengan suaminya sendiri. Apa kena dengan Mas ni? Demi memenuhi keinginan isterinya yang dijangka sudah tidak mempunyai hayat yang lama, Shah Rizwan dengan terpaksa mangahwini Sara Liyana, walau dia tahu dia tidak akan mampu menerima wanita itu sebagai isterinya. "Abang minta maaf, Mas. Boleh tak kita solat berdua aje? Abang tak boleh nak imamkan bila ada perempuan kotor ni menjadi makmum sekali." Sebegitu keji Shah Rizwan menggelar isteri keduanya lantaran masa lalu kelam yang pernah dialami oleh wanita itu. Bagaimana Sara Liyana hendak bertahan dengan perlakuan tersebut? "Maafkan Liya, Kak Mas. Liya cuma dapat menjadi sahabat yang baik, tapi bukan madu untuk Kak Mas lagi. Liya menyerah kalah. Liya sudah penat, Kak Mas." Mampukah Mastura memujuk agar Sara Liyana terus berjuang untuk merebut hati Shah Rizwan? Dia mahu kemanisan madu itu terus dia kecapi sampai bila-bila.
  • Saya Sayang Awak. oleh DianTyna
    DianTyna
    • WpView
      Membaca 3,090
    • WpPart
      Bab 5
    Hashima Zaheera Seorang perempuan yg rajin..keras kepala..dia juga seorang yg cantik.tpi x pakai tudung.bnyak orang datang untuk memikatnya..tapi..seorang pon x berjaya.. Selepas berpindah..Hashima Zaheera pun masuk ke sekolah baru..dia dipikat oleh seorang lelaki yg tinggi..putih..dan kacak...hnya hatinya yg tau... dia tidak mengaku bahawa dia cintakan lelaki tersebut...adakah perasaan hashima Zaheera boleh dipendam begitu lama?? mari layan.. CAST: Hashima Zaheera ( Era)sulung Hasfarina Zahara (Arin) angah Hamalea Zaharina (Rina) adik bongsu Nurul Athirah Sabrina( mama ) Nasiruddin Mahmud (papa) Faiq Faiqal Shasha(kawan era)(Asya) Sakinah ( kawan era)(kinah)
  • HARAM, project: high council oleh J0ANOFARC
    J0ANOFARC
    • WpView
      Membaca 6,006
    • WpPart
      Bab 8
    "Biar rasa ini, Hanya sekadar engkau tahu; Aku ada bila perlu." abdul kahar x fem!oc
  • 𝕥𝕪𝕡𝕚𝕟𝕘... oleh onlyuiz_
    onlyuiz_
    • WpView
      Membaca 125
    • WpPart
      Bab 9
    Langkah pertama... cuma kebetulan. Langkah kedua... jadi rutin. Langkah ketiga... aku dah mula tunggu. Dia tak banyak cakap. Tapi setiap mesej dia, aku simpan. Setiap emoji, aku ingat. Sampailah satu hari, aku buka chat... dan dia hilang. Tak block. Tak delete. Cuma... tiada lagi. Yang tinggal, cuma satu suara dalam kepala: "Kalau aku pergi tanpa pesan... kau akan cari aku, kan?" 𝕭𝖆𝖘𝖊𝖉 𝖔𝖓 𝖙𝖗𝖚𝖊 𝖘𝖙𝖔𝖗𝖞 ⭐ (but ada sedikit pertukaran sebab nak bagi lagi cantik plot dia)
  • Tiada Arah Jodoh Kita oleh misssadiena
    misssadiena
    • WpView
      Membaca 32
    • WpPart
      Bab 3
    Rafeeq Aiman hadir dalam hidup Tengku Hazrina tanpa dirancang. Rafeeq hadir dengan rasa yang terlalu sempurna untuk dinafikan. Hampir tiga tahun menyulam cinta, tenang, matang, dan penuh restu. Keluarga Aiman menerima Rina seolah-olah darah daging sendiri. Segalanya kelihatan menuju satu titik bahagia. Sehinggalah sebuah lamaran dilafazkan. Dan pada saat itu, takdir mula menunjukkan wajah sebenar. Apa yang disambut dengan senyuman di satu pihak, ditentang dengan tembok keras di pihak yang lain. Ayah Rina berdiri sebagai penghalang paling besar. Bukan kerana benci, tetapi kerana rahsia silam yang belum pernah terkubur. Rahsia yang mengikat dua jiwa ini dengan ikatan yang tidak sepatutnya wujud. Tatkala cinta diuji bukan oleh orang ketiga, tetapi oleh darah dan keturunan... Mampukah mereka mempertahankan perasaan yang lahir tanpa dosa? Atau benarkah ada cinta yang diciptakan hanya untuk diuji, bukan dimiliki? Kerana tidak semua yang saling mencintai itu ditakdirkan untuk bersatu. Dan tidak semua jodoh punya arah yang sama. Jika cinta itu benar, mengapa jalannya terlalu sakit? Dan jika perpisahan itu takdir, mengapa hati masih ingin bertahan?