nasha2711
Perkahwinan Paksaan?? Ye, tapi bukan pada Nayra Qalisha. Kedua ibu bapanya menjodohkan dia dengan seorang pelajar dan pengusaha di Dubai.
Nayra, gadis yang ceria dan selalu tersenyum, mengambil keputusan untuk bertemu secara empat mata dengan jodohnya. Dia mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Dubai dan dalam masa yang sama, mencari tahu tentang jodohnya.
Aariz Zayden, pelajar dan pengusaha sebuah cafe di Dubai Marina, mengetahui bahawa dirinya dijodohkan oleh keluarganya. Aariz yang tidak pernah jatuh cinta, terkejut dengan usulan keluarganya. Namun, dia pernah menyimpan satu nama dalam hatinya.
Pertemuan antara Nayra dan Aariz bermula apabila Nayra tahu yang Aariz ada buka sebuah cafe, dan Nayra akan selalu ke sana hanya untuk memerhati gerak geri Aariz sehingga membuatkan Aariz kurang selesa.
Dan lagi mengejutkan, Aariz merupakan senior yang akan selalu membantu Nayra dalam pelajaran. Adakah Aariz dan Nayra akan bersatu atau satu nama yang tersimpan dalam hati Aariz akan jadi pemenang?