sofhtxs
❰ 𝗧𝗥𝗜𝗢 𝗢𝗥𝗜 𝗙𝗔𝗡𝗙𝗜𝗖 ❱
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"Kau dilahirkan untuk membunuh! Bukan berkawan!"
"Kenapa? Kisah hidup aku ni menarik sangatkah sampai kalau boleh kau try hard gila nak jadi sebahagian dari story life aku?"
Emblem Crystal. Sekeping syiling yang diperbuat daripada crystal tulen dengan logo khas untuk keluarga besar Mafia, yang mencerminkan kekuasaan dan kekayaan yang mereka punyai. Tentu saja, emblem tersebut menjadi kegilaan keluarga kecil mafia yang lain.
Halilintar Asvaldr. Emhyr Gempa. Dan, Teodorico Taufan. Datang dari keluarga besar Mafia yang terkemuka didunia kongsi gelap, merahsiakan identiti mereka sesama sendiri dan cuba hidup layaknya manusia biasa.
Sedari kecil lagi, mereka cuba untuk raih kasih sayang keluarga, namun apa yang mereka dapat hanyalah kekerasan semuanya. Parut, luka dan lebam seolah menjadi teman buat mereka.
"Aku nak keluar dari permainan licik kau"
Dengan tiba-tiba sahaja, hasratnya itu disuarakan, dan tentu dia mendapat senyuman licik dari sang ayah.
"Akhiri nyawa dia, dan kau bebas"
Sakit dan perih menjalar dihatinya saat 'misi' terakhirnya adalah rakannya sendiri. Tanpa dia sedar, dia juga menjadi sasaran orang lain.
"K.. Kau... Kau menang..."
"..Salah. Aku hanya... hidup."
"B..Baguslah... Sebab... Kalau kau mati ditangan kami.., aku takkan pernah maafkan kau.."
Dia berjaya. Dia berjaya hidup. Namun, dia hilang sahabat. Dia hilang kehidupan yang dia mahukan.
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━
"...."
"Boleh aku harapkan kau untuk tolong aku?"
━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━