asuki99
Mengisahkan perjuangan seorang ketua pelajar yang menduduki pencapaian academy dan peringkat sihir teratas di FairTania Academy. Beliau mempunyai segalanya, kemewahan, keluarga, rakan perjuangan serta insan yang sangat dicintai.
Namun semua itu musnah dalam satu trajedi yang telah merampas segalanya.. keluarga, rakan serta ingatan hidupnya.
Sewaktu kejadian tersebut sang mc terpaksa menggunakan sihir hitam untuk melawan musuhnya walaupun. Terdapat risiko dalam menggunakan sihir hitam seperti kehilangan nyawa, orang tersayang, ingatan dan sebagainya. Namun berbeda dengan sihir hitam yang digunakan mc dan sihir hitam itu adalah jenis kutukan
Dia ibaratkan seorang insan yang terlahir kembali tanpa perjuangan
Hidupnya dipenuhi dengan penuh kehampaan, keputusasan dan tekanan. Namun hanya ada satu bayangan yang sentiasa dihantuinya untuk dia teruskan kehidupan yang cukup berduri.
Akibat dari itu, dia bertekad untuk mencari jawapan akan bayangan serta bisikan yang sentiasa dilaluinya hingga akhirnya dia berada di suatu perkampungan kecil.
Mc berjumpa dengan seorang gadis misteri yang mampu membangkitkan suatu getaran emosi di dalam dirinya.
Belum lagi mimpi-mimpi buruk yang sering dialaminya dan tidak lupa dengan perkara aneh yang kian mengganggu sehingga dia hampir kehilangan nyawanya.
Segala pertanyaan kian mengcekam dirinya...dia buntu dan penat dengan semua yang telah berlaku namun gadis itu tetap menghulurkan tangannya... menemaninya ke mana sahaja dia melangkah tanpa kenal erti lelah dan putus asa.
Namun begitu tindakan yang diambil tanpa sedar akan membuat dirinya kembali kearah kehancuran..
Persoalannya! Apakah MC mampu mengukai segala misteri, mampukah mc menerima segala dugaan serta rintangan yang mendatang! Siapa sosok hadis misteri yang rela bersamanya? Semuanya akan terjawap dalam novel FairTania Academy.