FaizDarwish94
Mengisahkan perjalanan hidup seorang insan bernama Faiz yang pada awalnya sentiasa hidup dalam tekanan, tetapi cuba bangkit dan keluar daripada tekanan tersebut dengan pelbagai cara yang dilakukannya. Menyedari dengan membuat keputusan untuk keluar daripada persekitaran yang toksik adalah satu langkah yang memerlukan kekuatan mental, beliau cuba menceritakan segala pengalaman yang dilaluinya agar dapat membantu insan-insan lain yang mungkin berada dalam keadaan yang sama. Semua manusia berhak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih tenang, positif, dan menghargai diri masing-masing.