Fiksyenmelayu Stories

Refine by tag:
fiksyenmelayu
fiksyenmelayu

5 Stories

  • [OG]CODE BLUE:JAGA HATINYA  by EmmaDeen25
    EmmaDeen25
    • WpView
      Reads 1,571
    • WpPart
      Parts 51
    Saya cuma fellow, bukan Hero, tapi, kalau awak perlukan saya, saya ada~ Aidan Saya belajar erti kehidupan di sini, tapi awak ajar saya erti cinta dalam diam~ Lily Di hospital, Code Blue menandakan kecemasan yang memerlukan tindakan segera. Bagi Dr.Lily Zafreen, seorang doktor residen tahun ketiga, dalam bidang O&G, setiap hari adalah perjuangan menyelamatkan dua nyawa. Ibu dan bayi....dan hatinya? Tenang, cekap, profesional. Dr. Aidan Harith, fellow O&G yang sentiasa hadir di saat residen di bawah pemerhatiannya berada dalam kecemasan. Namun di sebalik profesionalisme, tersimpan perasaan yang hanya disampaikan melalui usikan dan perhatian kecil yang sering tidak disedari seseorang itu. Ketika tekanan memuncak dengan emosi yang bercelaru, Lily mula menyedari bukan hanya pesakit sahaja perlu diselamatkan. Code Blue:Jaga Hatinya adalah kisah cinta ringan yang tumbuh di tengah-tengah situasi kecemasan tanpa disedari.
  • Amadeus by tulis25
    tulis25
    • WpView
      Reads 2
    • WpPart
      Parts 1
    Cerita terkini 2026 Jauh di semesta Andrelina, satu planet yang jarang dikunjungi oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar percaya yang planet tersebut mundur dan telah musnah berabad yang lalu. Planet Muta. Planet ini hanya didiami oleh spesis-spesis buangan dari seluruh semesta Andrelina. Peperangan kerap berlaku kerana spesis-spesis yang datang dari pelbagai latar belakang, berbeza planet dan kemahuan. Mereka hanya mahukan kuasa dan pepecahan. Keadaan planet Muta yang berawan menjadikan cuacanya sentiasa sejuk dan gelap. Planet ini mempunya satu bulan yang amat besar dan mampu menerangi keadaan malam. Planet ini mempunyai keadaan muka bumi dan fizikal yang bergunung-gunung. Planet ini mempunyai peninggalan kota yang telah lama musnah akibat peperangan yang berlaku selama ini. Tumbuhan yang besar dan menakutkan tumbuh di kebanyakan kawasan di planet ini. Tiada pembangunan baru dan canggih. Binatang-binatang buas hidup berkeliaran di planet ini. Spesis-spesis yang hidup di sini juga hanya tahu berperang dan membunuh sesama sendiri untuk meneruskan kehidupan. Menjadikan planet ini sangat bahaya untuk didiami. Walaupun keadaan yang kucar-kacir dan bahaya, planet ini sentiasa diawasi oleh tentera-tentera robot yang dikenali sebagai Amadeus. Tentera Amadeus cuba memastikan planet ini maju semula dengan menjaga keamanannya. Walau bagaimanapun, ianya amat sukar kerana kuasa-kuasa besar di luar semesta sentiasa menjadikan planet ini sebagai penjara bagi tahanan mereka.
  • [💚 COMPLETED] 404: MENCARI KITA  by EmmaDeen25
    EmmaDeen25
    • WpView
      Reads 1,547
    • WpPart
      Parts 45
    Di sebalik pencakar langit yang gah dan kemewahan korporat, tersembunyi rahsia yang mampu meruntuhkan segalanya. Nevora Holdings, konglomerat hartanah paling berpengaruh di negara ini, digegarkan oleh tragedi ngeri-runtuhan tapak pembinaan yang meragut lima belas nyawa. Insiden itu segera diklasifikasikan sebagai 'kemalangan industri', tetapi sesuatu tidak kena. Kos projek dipotong, bahan binaan murah digunakan, dan ada tangan ghaib yang memastikan kebenaran tidak pernah sampai ke permukaan. Masuklah Zulaikha Renée, seorang auditor tegas dan berprinsip, yang diupah secara rahsia oleh pakcik kepada pewaris Nevora Holdings. Dia datang bukan sekadar untuk meneliti angka, tetapi untuk membongkar kepincangan dalam syarikat yang selama ini disembunyikan. Namun, auditnya bukan sekadar tentang transaksi dan penyata kewangan-ia membawa Zulaikha ke dalam permainan yang lebih besar, penuh dengan muslihat, ugutan, dan bahaya yang tidak pernah dia bayangkan. Di tengah penyiasatannya, dia bertembung dengan Ethan Luqman, pewaris syarikat yang hidupnya sudah lama terikat dengan skandal keluarganya. Ethan, seorang lelaki yang pernah cuba menjauhkan diri dari empayar bapanya, kini terperangkap di antara dua dunia-kesetiaan kepada darah dagingnya, atau kebenaran yang semakin jelas di hadapan matanya. Zulaikha dan Ethan tidak pernah sepatutnya berada di pihak yang sama. Dalam dunia korporat yang penuh tipu daya, mereka hanya boleh mempercayai diri sendiri... dan mungkin satu sama lain. Namun, semakin hampir mereka kepada kebenaran, semakin tinggi harga yang perlu dibayar. Nevora Holdings tidak akan membiarkan mereka menggali terlalu dalam. . Dalam dunia di mana wang boleh membeli segalanya dan kuasa boleh menutup setiap kesalahan, adakah mereka cukup kuat untuk melawan? Atau akhirnya, mereka sendiri akan menjadi mangsa dalam permainan ini? Kerana dalam mencari kebenaran... kadangkala, kita akan kehilangan diri sendiri.
  • bus driver | k.n.j [malay;on going] by jeonsilk
    jeonsilk
    • WpView
      Reads 74
    • WpPart
      Parts 2
    -pada hari yang teruk bagi kau, kau terjumpa seorang pemandu bas yang terlalu risaukan kau dan agak prihatin.
  • Bukan Seorang Rapunzel by HakakRyka
    HakakRyka
    • WpView
      Reads 2
    • WpPart
      Parts 1
    Puteri Zaza Kemboja hilang sejak kecil. Ada yang kata dia diculik. Ada yang kata dia disumpah. Bertahun-tahun berlalu, tiada siapa berjaya menemuinya. Sehinggalah seorang putera muncul dengan impian nak selamatkan dia... Masalahnya? Zaza tak nak pun diselamatkan. Dan mungkin, dunia sebenarnya tak tahu cerita sebenar.