Rynneryna
Kisah mereka bermula dengan tenang.
Marissa Azzahra, wanita lembut yang setia.
Muhammad Mahfuz Nufail, lelaki pendiam yang penuh rasa, tetapi sukar untuk meluah.
"Awak rasa... kita akan bahagia sampai bila-bila ke?" -Marissa Azzahra-
"Selagi awak di sisi, saya tak minta lebih." -Muhammad Mahfuz Nufail-
Rumahtangga mereka diuji-dengan salah faham, kehadiran 'orang ketiga' dalam bentuk perasaan, dan sisi gelap sihir yang mahu menghancurkan.
"Saya rasa awak dah tak sayang saya..." -Marissa Azzahra-
"Jangan cakap macam tu... Awak nyawa saya." -Muhammad Mahfuz Nufail-
Bila sihir itu meragut anak ketiga dalam kandungan, Marissa rebah-tapi tak mahu bangkit.
Mahfuz pula belajar untuk menjadi pelindung sebenar.
Dan akhirnya, dalam tulisan diari yang tak pernah ditujukan kepada sesiapa, Marissa menyimpan nama anak syurga mereka:
Marwa Malaiqa Azzahra.
Sebuah kisah cinta selepas akad. Tentang sabar, tentang kehilangan, tentang redha.
"Saya pilih awak... Walau seribu kali lagi saya diuji, saya tetap pilih awak." -Muhammad Mahfuz Nufail-