eyvllavhesa
Fahrel Idzra | Maya Mariyya
Kata orang, kalau tak jumpa jodoh orang Malaysia, mungkin jodoh kita bukan dari Malaysia.
"Sorry, saya tak minat lelaki Thailand." Maya Mariyya
"Siapa cakap saya minat Cik Maya?" Fahrel Idzra
Selepas mengetahui yang hatinya hanya menjadi permainan seorang lelaki, Maya lari membawa hati ke sebuah pulau di Thailand.
Cuba untuk melupakan, cuba untuk memujuk hati agar tidak berdendam dengan mereka.
Pertemuan semula di antara dua insan yang pernah menjadi watak di dalam hidup masing-masing 3 tahun lalu, langsung tidak terlintas di fikiran. Walaupun cara pertemuan itu sedikit kucar-kacir, Maya yang dia lihat sekarang, bukan lagi Maya yang dulu. Kisah cinta lama milik perempuan itu telah mematikan jiwanya.
Dia pula hadir di atas arahan takdir, bukan untuk menjadi seorang pegganti. Bukan juga untuk menjadi penawar di hati Maya.
"Doktor Fahrel, jalan keluar ada dekat sebelah kanan sana. Tak ada jalan dekat muka saya." Maya Mariyya
"Apa awak panggil saya? Doktor?" Farel Idzra
"Depan saya ni lelaki yang rawat orang kan? Takkan saya nak panggil cikgu pula." Maya Mariyya
Kerana kadangkala, perancangan manusia boleh kalah dengan perasaan sendiri.
"My Maya Mariyya."
⚠️ STRICTLY NO PLAGIARISM
⚠️ grammar errors + typos