Amor_midnightt
GENRE: ROMANCE - Family Bonding, True Love, Arranged Marriages
BAHASA: CAMPURAN - Italian, English
PENULIS: QIRAAMOURÈ
KISAH TENTANG: Syed Attar Benjamin Maleeq x Tengku Andrea Bianca Marogani
[THIS STORY CONTAINS THEMES OF FLUFFY ROMANCE, WHOLESOME LOVE, SWEET GESTURES, GENTLE SOULS, AND TWO HEARTS LEARNING TO LOVE EACH OTHER IN THE SOFTEST WAY]
✈︎♓︎❒︎♋︎♋︎❍︎□︎◆︎❒︎➔︎
Syed Attar Benjamin Maleeq ialah seorang lelaki yang sangat tampan.
Penampilan lelaki itu yang sangat kemas, segak dan bergaya membuatkan ramai gadis di luar sana tergila-gila akan dirinya. Dia juga dikenali sebagai seorang yang budiman, murah hati serta sentiasa menjaga tutur kata.
Jejaka itu pernah mengajar di Segi University of Selangor sebagai pensyarah dalam bidang biologi, namun hanya untuk sementara waktu kerana menggantikan tempat adiknya selama beberapa bulan, sehingga para pelajar yang diajar akhirnya menamatkan pengajian dan bergraduasi.
Namun, dia kemudian berhenti apabila mengambil alih syarikat keluarga serta menggantikan tempat bapanya sebagai CEO di ABM Airlines.
Tengku Andrea Bianca Marogani merupakan seorang pelajar di Segi University. Gadis itu memiliki wajah yang sangat ayu dan jelita.
Walaupun gadis itu mempunyai ramai kawan, dia lebih cenderung menjadi seorang yang pendiam dan gemar bersendirian berbanding bergaul dengan rakan-rakannya.
Di luar, dia tampak ceria dan sentiasa mengukir senyuman, namun di sebalik senyuman itu tersimpan seribu rahsia yang hampir membuatkan dirinya hilang arah.