Gurutadika Stories

Refine by tag:
gurutadika
gurutadika

1 Story

  • MEJAR DIKTATOR JATUH HATI  by mum_linz
    mum_linz
    • WpView
      Reads 378
    • WpPart
      Parts 8
    MEJAR DIKTATOR JATUH HATI "Kalau jatuh, saya tak tanggung." MEJAR RAYYAN "Ada saya minta pendapat awak?" ALYA HUMAIRA "Tak." MEJAR RAYYAN "Jadi diamlah." ALYA HUMAIRA Bagi Alya Humaira, kehadiran jiran baharu di sebelah rumahnya itu adalah satu malapetaka. Dah lah berbadan sasa macam tiang elektrik, suka menyergah orang, perangai pula mengalahkan diktator! Memang sah, Mejar Rayyan Iskandar adalah punca segala gangguan hidupnya. Sampaikan nak ambil pasu bunga dan kejar si Oyen (kucing oren gemuknya) pun boleh berakhir dengan drama jatuh dalam pelukan sasa askar komando itu. Keadaan menjadi huru-hara apabila pagar sempadan rumah mereka runtuh dan Puan Salmah, emak Alya pula terlebih teruja mahu menantukan Mejar kacak tersebut. Tambah parah, apabila Rayyan mula tayang taring posesifnya! Sanggup dia sabotaj kereta Alya dan buat sekatan jalan raya dengan motosikal berkuasa besar semata-mata tak tahan cemburu melihat Alya rapat dengan Faiz, rakan sekerjanya. Sebagai 'upah' membaiki pagar dan membaiki kereta, Rayyan meletakkan syarat gila. Alya wajib memasakkan makan malam untuknya selama seminggu. Bermulalah aksi perang mulut di dapur, gulai yang hampir hangit dan usikan kencang di tepi pagar malam hari. Tatkala satu lori tentera datang mengepung rumah untuk membina pagar baharu, Rayyan membisikkan amaran keras yang membuatkan jantung Alya mahu luruh. "Sebab awak bakal jadi hak peribadi saya, Alya Humaira. Dan barang askar, orang lain tak boleh sentuh sesuka hati. Faham?" Mampukah Cikgu Tadika yang bermulut laser ini mempertahankan benteng egonya? Atau adakah dia yang akan melutut kalah dan cair di tangan sang komando beku ini?