fdaisyy
Melati Zahra.
Seorang gadis introvert, hidupnya hanya tentang butik pakaian MZ COLLECTIVE. Cinta? Dalam kamus dia, itu benda yang tak pernah direncana.
Muhammad Thaqif Rayyan.
Seorang jurutera yang tenang, hidupnya nampak sempurna, tapi hatinya masih kosong. Doanya selalu sama, "Ya Allah, temukan aku dengan seseorang yang baik."
Pertemuan mereka bermula dengan sehelai baju.
Bagi Melati, dia hanya seorang customer.
Bagi Thaqif, dia mungkin jawapan pada doa.
"Awak selalu layan customer macam ni je? Tak penat jadi serius sangat?"
Melati menjeling kecil.
"Saya jual baju, bukan jual senyum."
Dari gurauan ringkas, hati mula bergetar. Tapi perjalanan mereka penuh liku dan salah faham, rahsia lama, campur tangan keluarga, dan dugaan yang hampir meranapkan segalanya.
Cinta yang tak pernah direncana... akhirnya membawa mereka pada takdir paling manis iaitu akad nikah.
Kerana hati, bila sudah tertulis, tidak ada siapa mampu menafikannya.