ChachaFlow
NUR SHAZREENA seorang remaja yang polos dan cantik tetapi tertampak matang dari usianya. Walaupun dirinya tidak seperti remaja lain yang mempunyai ayah yang boleh dimanja tetapi dia bersyukur dikurniakan ibu dan adik beradiknya yang lain. Hanya dengan tokwannya dan bapa saudaranya saja dia menumpang kasih untuk merasakan kasih seorang ayah.
MUHAMMAD ASYRAF seorang jejaka kacukan cina dan jerman yang tinggal di kampung bersama nenek dan abangnya sejak kecil walaupun mereka datang dari keluarga yang kaya. Sejak kematian ibunya dia telah berubah sikap dari seorang yang
ceria lalu menjadi seorang yang liar.
Peristiwa hitam yang berlaku telah menyebabkan kehidupan Nur Shazreena dan Muhammad Asyraf berubah 360 darjah. Nur Shazreena redha dengan takdir dan ketentuan Allah buat dirinya.
"Kalau awak rasa dah tak perlukan saya tolong lepaskan saya dengan cara yang baik. Itu sahaja yang saya pinta sekiranya sudah tiada arah lagi dalam hubungan kita"
Dalam usianya yang remaja dia terpaksa menghadapi segala cabaran dan cemuhan yang dilemparkan terhadap dirinya walaupun ianya sakit untuk dihadapi dia cuba kuat untuk dirinya.
"Bukan kau yang aku nak jadikan suri hati dalam hidup aku, tak pernah terdetik pun dalam hati aku untuk cintakan kau tapi selagi kau tanggungjawab aku, aku akan jaga kau dengan baik sampailah kita berpisah"
Hatinya luluh mendengar kata kata itu, lalu dia mengambil keputusan untuk pergi menyembuhkan hatinya yang terluka.
"Sekiranya ini yang terbaik untuk kita, saya akan pergi jauh dari hidup awak demi kebahagiaan awak dan saya"
-"الحُـزْنُ هُـوَ أَنْ تُـحِبَّ شَخْصًـا لَـمْ يُفَكِّـرْ فِيْ حُبِّـكَ أَبَـدً-
(Kesedihan itu ialah ketika kamu mencintai seseorang yang tak pernah memikirkan cintamu selamanya)