Cikyam0603
Semuanya bermula dengan sebuah telekung yang berbau di sebuah asrama.
Kerana takut disangka mencuri telekung milik orang lain, aku melarikan diri. Namun dalam pelarian itu, aku tiba-tiba membawa bersama seorang bayi-anak kepada warden asrama. Aku sendiri tidak tahu mengapa bayi itu berada dalam pelukanku.
Di sisiku pula ada seorang lelaki yang tidak kukenali. Dia sudah bersamaku sejak dari asrama, seperti seorang rakan seperjuangan yang tidak pernah meninggalkan aku. Kami menyorok di dalam kenderaan, melarikan diri sehingga ke Thailand dan kemudiannya diburu polis.
Dalam keadaan terdesak, aku masuk ke sebuah showroom Honda. Di situ ada tiga keluarga lain yang turut mahu memiliki kereta yang sama. Dengan menggunakan kebijaksanaan dan kemahiran tawar-menawar, aku akhirnya berjaya mendapatkan pinjaman dan membawa pulang sebuah Honda.
Destinasi kami akhirnya ialah sebuah perkampungan nelayan tempat saudara-mara sebelah arwah mak tinggal.
Namun selepas semua pelarian itu, aku berdepan dengan persoalan yang lebih besar.
Bagaimana aku mahu meneruskan hidup?
Dan siapa sebenarnya lelaki yang tidak pernah meninggalkan aku sepanjang perjalanan itu?
Sebuah kisah yang bermula daripada sebuah mimpi yang terasa terlalu nyata-penuh pelarian, ketakutan, misteri, dialog dan sebuah bayi yang tidak pernah aku tahu mengapa perlu kubawa lari.