amrimustapha_78
Sebuah banglo terpencil di tengah hutan rimba sepatutnya menjadi rumah impian Naufal dan keluarganya. Namun, kedamaian itu bertukar menjadi neraka apabila sang ayah membawa masuk amalan syirik dan perjanjian iblis yang direti rahsia.
Satu per satu petanda mistik mula menteror kehidupan mereka. Anak sulung Naufal, Along, mendadak berubah-sering meracau, merenung dinding kosong, dan menyebut nama yang tidak sepatutnya. Salina, isterinya, mula diganggu kelibat mengerikan di sebalik cermin solek, manakala penemuan bangkai ayam hitam bersalut darah di hadapan pintu rumah menjadi petunjuk bahawa nyawa keluarga Naufal kini di hujung tanduk.
Demi menyelamatkan Along, Naufal bersama seorang perawat agama melangkah turun ke pintu bawah tanah yang selama ini terkunci rapat. Namun, di dalam kegelapan yang diwarnai asap kemenyan dan darah, Naufal dikejutkan dengan kehadiran sahabat karibnya sendiri-yang membawa dendam pembunuhan silam, dosa rahsia sang ayah, dan tuntutan nyawa yang belum dibayar.
Apabila dendam manusia beradu dengan kuasa iblis, mampukah Naufal menyelamatkan anaknya sebelum terlambat, atau dia sendiri bakal terseret menjadi mangsa seterusnya?