anglvrsya
TRAUMA: LOVE THAT HEALS
━━━━⊱⋆⊰━━━━
Adrian Mikael tidak pernah meminta untuk dilahirkan jika hanya untuk menjadi punca kematian ibunya. Di mata Tan Sri Khalid, Adrian adalah pembunuh. Setiap hayunan tali pinggang dan makian yang diterima adalah "bayaran" bagi nyawa yang telah hilang. Sehinggalah dia bertemu Inara Rose, gadis kafe yang mengajarnya bahawa tidak semua luka perlu ditanggung sendirian.
Namun, saat Adrian mula mengenal erti tenang, bayang-bayang silam kembali menuntut hak. Antara dendam seorang ayah dan fitnah yang merantai cinta, mampukah Adrian bertahan?
"Kalaulah Abah tahu betapa saya rindu Abah yang dulu... Abah takkan sanggup buat saya macam ni." - Adrian Mikael
"Saya tak sempurna, Adrian. Tapi kalau awak sudi, biar saya jadi tempat awak berteduh bila dunia terlalu bising untuk awak hadap." - Inara Rose
Namun, hidayah itu datang bersama ujian yang tidak terduga. Saat hati Tan Sri Khalid mula melembut dan cuba menebus khilafnya, badai lain pula menghantam. Natasha, wanita dari masa lalu yang menyimpan dendam, tidak rela melihat Adrian bahagia. Bersama rakan-rakan korporat yang toksik, mereka mula menenun fitnah untuk menghancurkan maruah Inara, memaksa Adrian kembali ke dalam kegelapan yang pernah menghancurkannya.
Kini, Adrian berada di persimpangan yang paling perit. Dia harus berdepan dengan trauma masa lalu yang belum sembuh sepenuhnya, sambil menjadi perisai buat isteri yang dicintainya.