anairazan
**Zarina Mikayla**, gadis dari Kepulauan Borneo, memasang impian untuk menjadi seorang jurutera hebat seperti ayahnya. Berbekalkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, dia melangkah ke alam pekerjaan dengan harapan untuk membina kerjaya dan membuktikan kemampuannya.
Namun, langkah pertamanya tidak semudah yang disangka.
Pertemuan pertama dengan majikannya yang sombong dan penuh ego meninggalkan satu salah faham yang cukup untuk mencalarkan nama Zarina. Bukan sahaja di mata majikannya, malah di hadapan rakan-rakan sekerja.
Di tempat kerja yang penuh tekanan, Zarina terpaksa berdepan dengan pandangan serong, majikan yang sukar ditangani dan pelbagai cabaran yang menguji kesabaran serta prinsipnya.
Mampukah Zarina bertahan tanpa mengorbankan maruah dan impiannya?
Atau cita-cita untuk menjadi jurutera hebat akan terkubur sebelum sempat dibina?