Cikyam0603
Seorang ibu tunggal yang terlantar sakit hanya mempunyai satu ketakutan-bukan kematian, tetapi meninggalkan tiga orang anak istimewanya yang hidup dengan autisme dan ADHD.
Ketika tubuhnya semakin lemah, anak-anak yang pernah diasuh dengan penuh kasih kini menjadi tangan dan kakinya. Mereka memasak, mengurus rumah, bekerja, malah menjaga ibunya tanpa pernah mengeluh.
Di sebalik kemiskinan, tersimpan sebuah kekayaan yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit-kasih sayang, pengorbanan dan reda.
**Karya ini ialah fiksyen yang diinspirasikan daripada pelbagai kisah kehidupan. Semua watak, nama dan beberapa peristiwa telah diolah bagi tujuan penceritaan. Sebarang persamaan dengan individu sebenar adalah kebetulan semata-mata.**