IsmeAnaNur
ROSE YATIMAH. Pertolongannya kepada Nek Kalsum telah membawa kepada sebuah cerita yang tak dijangka.
"Cucu nenek, lelaki. Ada dua orang. Nanti sorang nenek nak bagi pada Rose, suruh Rose jaga. Rose nak tak?" - Nek Kalsum
Memandangkan dia masih tiada kerja selepas diberhentikan, tawaran itu diterima dengan rasa teruja.
"Boleh aje. Boleh jadi geng tidur Rose. Nak peluk-peluk cium semua." - Rose Yatimah.
Sangkanya dia menjadi babysitter kepada cucu Nek Kalsum, tetapi rupanya dia tersalah faham.
"Hah? Apa? Bu... bukan baby? Habis tu..." - Rose Yatimah
"Cucu Nek Kalsum tu sebenarnya dah besar. Dah sebaya kamu." - Saodah
Maka, bermulalah kisah penjodohan yang tak diinginkan.
IRFAN FARIS. Dia watak yang ingin digandingkan. Hatinya memberontak. Namun, kerana desakan nenek, permintaan itu diturutkan jua.
Sewaktu pertemuan pertama, mereka membuat perbincangan empat mata.
"Alah... Saya tak ada hatilah nak kahwin dengan awak. Kalau macam tu, biar saya lari sorang-sorang jelah. Janji kita tak kena kahwin." - Rose Yatimah
"Kalau awak tak kahwin dengan saya, siaplah!" - Irfan Faris
Akhirnya, mereka disatukan dalam ikatan akad.
Pada malam pertama perkahwinan mereka, Irfan awal-awal lagi sudah bagi surat perjanjian kat Rose. Ternyata, ada syarat yang perlu dipatuhi.
Rose akur, namun ada caj yang dituntut.
"Tapi, perjanjian awak ni saya cas tau. Satu hari RM300. Tak kisahlah awak nak buat perjanjian ni sampai bila. Sebulan ke? Sembilan puluh hari ke? Deal?"
Apa yang pasti, mereka harus berlakon mesra. Namun, lakonan mereka terlebih romantik jadinya.
"Sugar mana? - Irfan Faris
"Ni, besar gedabak kat depan awak. Tak nampak ke?" - Rose Yatimah
Apabila sudah tinggal bersama, Rose dengan misi mendekat. Apabila dia melanggar syarat, Irfan pula menambah syarat.
Sudahnya, adakah jarak kekal tercipta?
Pada akhirnya, mampukah mereka mencipta bahagia bersama?