Karangkraf Stories

Refine by tag:
karangkraf
karangkraf

5 Stories

  • BAYANGAN by MurniAqilaNovelis
    MurniAqilaNovelis
    • WpView
      Reads 7,015
    • WpPart
      Parts 26
    BLURB BAYANGAN - MURNI AQILA Sudah sembilan tahun Nizam disahkan menghidap bipolar disorder. Dalam keriuhan dia dibadai tangisan. Ketika tenang dia diamuk amarah. Tatkala sepi dia digeletek ketawa. Hidup ibarat di pinggir neraka. Tapi semua tanpa sedarnya. Tuhan menyuluh selorong jalan untuk dia kembali mengharap. Secebis kesempatan itu adalah peluang untuk dia menjejak keberadaan Hajar yang 17 tahun lenyap tanpa khabar. Hajar perlu ditemui sebelum keadaannya bergolak dengan emosi yang huru-hara. Tapi sejak itu dia kerap mengalami sesuatu yang menakutkan. Tak kira sama ada di rumah atau di tempat kerja. Dia diganggu sesuatu yang membuatkan dia menggigil dan terlalu gementar. Apa yang dia alami ini mengelirukan fikirannya. Tak pasti apakah semua itu sekadar mimpi atau delusi. Dia hanya mahu bertemu dengan Hajar. Tapi kenapa seperti ada misteri yang mengekori? Sedangkan semua insan di sisinya baik-baik sahaja. Barangkali ada rahsia yang tersembunyi. Dan apabila ia terbongkar, barulah kita sedar... realiti sebenarnya lebih menggerunkan daripada mimpi ngeri. "Nizam tak tahu apa yang jadi, apa yang Nizam dah buat. Kadang-kadang Nizam rasa macam dalam mimpi, tapi macam betul-betul jadi. Entahlah... Nizam macam tak berapa sedar, mak." - Nizam "Yang merisaukan mak uda sekarang ni, kenapa ada lebam-lebam kat lengan Nizam? Kat dada pun ada bekas-bekas luka warna hitam. Seumur hidup, tak pernah lagi Nizam kena macam ni." - Fauziah "Benda yang paling penting dan jadi bahan bukti cuma CCTV. Dan rakaman CCTV yang aku tengok tu membuatkan aku meremang." - Irwan "Saya rasa awak ni macam ada sesuatu yang misteri pasal awak, Nizam." - Hajar ********** Berminat nak beli novel ini? Copy link di bawah ini dan google: https://shopee.com.my/(BAHARU-%E2%80%BC%EF%B8%8F)-NOVEL-SERAM-BAYANGAN-MURNI-AQILA-i.38290312.6420256795
  • 100 Chances To Be With You by nurulshazliyana
    nurulshazliyana
    • WpView
      Reads 190
    • WpPart
      Parts 1
    try to read first then you decide... my 4th book.
  • Jangan Percaya! by SyaidaIlmuna
    SyaidaIlmuna
    • WpView
      Reads 94
    • WpPart
      Parts 1
    PERTEMUAN pertama Bella Amira dan Kaylina sudah cukup membuatkan hatinya diasak seribu macam rasa. Saat tangan mereka bertaut, imbasan hitam putih mula menerjah ke minda Bella. Senyuman seorang wanita berbibir nipis hadir dan kelihatan sebilah pisau tajam bergerigi di tangannya. Pisau itu berlumuran darah! "Bella Amira!" Rizqi cuba membawanya ke alam nyata. Semenjak itu, kehidupan Bella tidak lagi serupa. Isteri baru bekas suaminya itu menyimpan seribu satu macam ulah dan suka bermuka-muka. Bermula dengan kematian anak sulungnya, Bella tahu Kaylina ada perkaitannya. Namun begitu, siapa yang percayakan kata-katanya? Kaylina yang lebih manja digelar Kay itu seorang wanita yang lemah lembut, pandai memasak dan sayangkan kanak-kanak. Di hadapan Rizqi, pijak semut pun tak mati. Di belakangnya, anak-anak Bella menggelar dia raksasa maha jahat! Bella pula sering ditimpa mimpi buruk semenjak mengenali wanita itu. Siapa Kaylina sebenarnya? Mampukah Bella membuatkant mereka percaya yang Kay bukanlah seperti yang mereka sangkakan? Jangan sampai nanti mereka semua mati dalam keadaan tidak percaya, sudahlah!
  • Projek Seram Terowong by SyasyaDeLuna
    SyasyaDeLuna
    • WpView
      Reads 443
    • WpPart
      Parts 1
    SINOPSIS / TEROWONG LRT - A. DARWISY ~luar nampak manusia, tidak semestinya dia manusia~ Azlan, dalam perjalanan balik menggunakan LRT terkandas di terowong bawah tanah bersama sekumpulan penumpang yang lain. Mereka berusaha untuk keluar dan menyelamatkan diri di stesen paling berhampiran. Tetapi mereka tidak sedar di sepanjang terowong itu adalah tempat laluan lintasan makhluk halus yang turut berasimilasi dengan peredaran zaman. Berjayakah Azlan dan lain-lain mengharungi malam yang penuh kegilaan itu? Apakah mungkin pembinaan stesen sekitar tahun 90-an itu menyimpan sejarahnya tersendiri? TUMBAL TEROWONGAN TERAWANGAN - SYASYA BELLYNA ~kau ghaib pendamping berganti~ Selari dengan waktu peristiwa kontrak selang 20 tahun sekali, ia telah membuka episod baru tentang Terawangan iaitu sebuah terowong yang tersembunyi di celah Gunung Kelibut. Terowong alam ghaib yang terbuka itu menghantui enam manusia yang telah ditanda pemilikan oleh qarin masing-masing. Campur tangan para pelajar sekolah agama dari Kalimantan yang dihantar oleh seseorang, membuka tabir rahsia perjanjian dua demensi. Mampukah perhubungan antara penguasa, si raja hitam dengan pewaris pesugihan dihentikan? GHAIB - ZAIFUZAMAN AHMAD ~kebenaran yang kau cari ada di sini~ Detektif Riza diminta untuk menyiasat tentang kehilangan seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah lama dan elit. Bagaimanapun dia enggan untuk mempercayai yang sekolah itu berpuaka biarpun cerita itu tersebar luas. Melalui siasatannya dia berasa keliru kerana dihimpit dengan kehilangan misteri yang tidak meninggalkan jejak. Bertambah lagi apabila Jessica, teman rapat Mimie turut hilang. Bagaimanakah Detektif Riza berjaya menyelongkar rahsia di sebalik kejadian ini?