NQmhd_
Sebuah monolog tentang diam, luka, dan proses memahami diri sendiri
Ada perkara yang tidak pernah dilafazkan, bukan kerana ia tidak penting, tetapi kerana ia terlalu berat untuk diterjemahkan menjadi kata-kata.
Bicara Yang Tak Terucap ialah himpunan perjalanan emosi seorang insan yang belajar hidup dengan segala yang dipendam rasa yang tidak sempat disuarakan, luka yang tidak pernah dijelaskan, dan rindu yang hanya tinggal dalam diam.
Di antara senyap dan kesedaran diri, buku ini membawa pembaca menyelami ruang paling sunyi dalam diri manusia tempat di mana kita berpura-pura kuat, sedangkan di dalamnya masih banyak yang belum selesai.
Ini bukan sekadar cerita.
Ini adalah suara dari perkara-perkara yang tidak pernah sempat menjadi suara.