RAZARETH
Humairah Safiyyah, seorang gadis yang memiliki raut wajahnya yang jelita, sehinggakan sesiapa sahaja pasti terpikat melihatnya. Namun di sebalik kecantikan itu, dia merupakan seorang yang kurang upaya. Walaupun ramai yang mengagumi keindahannya, ada juga yang menjauhkan diri kerana kekurangannya itu
"Saya sedar yang ni bisu.. Tak boleh bercakap." - Humairah Safiyyah
"Lepastu, kenapa awak nak kisah?" Bagi saya, awak cukup." Aryan Mukhriz Shah
Aryan Mukhriz Shah merupakan seorang lelaki yang sangat bergaya, baik, dan berlatarbelakangkan keluarga yang berada. Dek kerana pakej lengkap itu, ramai yang mendambakannya untuk dijadikan pasangan hidup. Tetapi bagi Aryan, hatinya hanya tertuju pada Humairah Safiyyah. Ya, perempuan itulah yang sentiasa diagungkan di dalam hatinya.
"Dari kecik Maira, saya suka awak.. Terimalah saya.." - Aryan Mukhriz Shah
"Aryan... Awak boleh dapat yang jauh lebih sempurna dari saya. Saya bisu Aryan.. Saya bisu."- Humaira Safiyyah.