Komediromantik Stories

Refine by tag:
komediromantik
komediromantik

5 Stories

  • MR. AND MRS. HOT by MisaMelayu
    MisaMelayu
    • WpView
      Reads 1,684
    • WpPart
      Parts 2
    SINOPSIS Kerana misinya, Wafa sanggup menyamar sebagai kakak kembarnya, Widad. Wafa bekerja di sebuah butik pengantin milik Tuan Eilmi Zahrin. Hidupnya jadi huru-hara kerana walaupun menyamar, namun sikapnya kekal sebagai dirinya sendiri hingga tular digelar Mr. & Mrs. Hot. "I'm talking to you, Cik Widad!" Nada itu naik lagi setingkat. Wafa tersentak. "Saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya janji, saya akan jaga mulut saya selepas ni." "Maaf? Awak ingat senang saya nak maafkan awak? Bak sini telefon awak!" "017-2829127." "Apa tu?" "Nombor telefon saya." "Eh, jangan perasanlah. Saya nak telefon bimbit awak, bukannya nombor telefon!" WAFA akur, mengundur diri dari butik dan beri laluan kepada Widad. Namun dua beradik itu saling bekerjasama dalam apa jua perkara walaupun Tuan Eilmi akhirnya menjadi tunangan Widad. "Cincin berlian Widad..." Wafa terdiam. Dia tidak dapat meneruskan kata-kata bila nama Widad terpacul di mulutnya tanpa sengaja. Eilmi memegang tangan 'Widad'. Jelas, cincin berlian yang diberikannya tiada di jari itu. T-shirt putih ditanggal dan dia terjun semula ke dalam kolam renang. Tidak lama kemudian, dia muncul di permukaan kolam. "Tak ada!" Wafa terpempan. Resah. Dia bimbang kalau Widad berfikir dia sengaja sorokkan cincin itu kerana cemburu. Dia takut dengan prasangka Widad yang itu. Air mata Wafa sudah bertakung malah menitik laju. "Sayang, saya gurau je la." Di tangan Eilmi ada kilauan permata yang bersinar. "Suka tahu buat orang menangis," marah Wafa seraya memukul manja lengan lelaki itu. Spontan tindakannya hingga gamam tatkala Eilmi menyapu air matanya yang jatuh. "I'm sorry," pinta Eilmi lembut seraya menarik bahu 'Widad' rapat ke dada. APA akan jadi selepas Widad menghilangkan diri saat akhir di majlis perkahwinannya dengan Eilmi? "Awak sangat licik, Wafa. Di Cherating tu, awak atau Widad, Wafa?" - Tuan Eilmi. "Saya tahu saya salah kerana menyamar sebagai Widad tapi saya tak pernah merancang untuk jadi isteri awak." - Wafa
  • Mr ABC Miss Mata Duitan by NurinaFeeza92
    NurinaFeeza92
    • WpView
      Reads 90
    • WpPart
      Parts 6
    NUR FASHA DANEA. Dia pujaan hati Muhammad Shahir. Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Bagi Fasha, cinta tidak memberi apa-apa keuntungan. Wang merupakan nadi kehidupan. Fasha mahu bekerja keras untuk menjadi orang kaya. Bercinta perlukan wang. Pergi dating bukan guna air liur, tetapi duit. Minyak kereta, tol, makan, segala macam duit. Jadi untuk apa bercinta sekiranya membuang duit sahaja? Shahir pula lain ragamnya. Walaupun ada wanita yang menyukainya, tetapi Fasha juga yang dikejar. Prinsip Shahir, berkasih biar pada seorang wanita saja. Berbekalkan kreativiti dan inovatif sebagai Guru Prasekolah, ada saja inisiatif yang digunapakai untuk mengorat Fasha. Lagi Fasha jual mahal, lagi dia berusaha untuk membeli cinta Fasha. Tetapi, perlukah bercinta dua puluh empat jam sehari? Setiap manusia ada tanggungjawab yang perlu digalas dan masalah yang perlu diatasi. Bila Shahir hilang dari pandangan, Fasha mula menanggung rindu. Tetapi bila Shahir muncul, Fasha rasa menyampah yang amat. Shahir pula tidak berputus asa untuk mencuri hati Fasha.
  • LELAKI UNTUK DICINTAI by AunieAyunie
    AunieAyunie
    • WpView
      Reads 1,777
    • WpPart
      Parts 4
    Assalamualaikum kesayangan semua, semoga ada yang sudi untuk mengikuti cerita ini. Terima kasih infiniti kepada kalian yang sudi membaca. Ini bukan kisah CEO. Ini bukan kisah superstar. Ini bukan kisah ala-ala puteri kayangan. Ini kisah tentang Bujang yang lelah mencari jodoh. Bertahun-tahun mencuba, tapi dia masih belum jumpa calon tulang rusuknya. Jodoh rahsia Allah. Bila Bujang bertemu dengan Hawa si gengster yang selalu buat darahnya mendidih... segala-galanya terencana ibarat sebuah ..... (anda boleh isikan tempat kosong tu sendiri) Saranghae. Love Hamesha, Aunie Ayunie. Insya Allah akan diupdate bab demi bab.
  • BIAR CINTA BERBICARA by nanawrite87
    nanawrite87
    • WpView
      Reads 65
    • WpPart
      Parts 4
    KOMEDI ROMANTIK. Mengisahkan tentang seorang gadis yang putus tunang setelah keluarganya diisytiharkan muflis. Setelah berpindah ke kampung, dia berdepan dengan jiran lelaki yang sangat menyakitkan hati.
  • PULUT UNTUK ALANG by mcairolyakup
    mcairolyakup
    • WpView
      Reads 3,451
    • WpPart
      Parts 1
    Memoir hidup Gayah Tabur ketika zaman remaja di Kampung Pantai, pada tahun 1997 Terengganu bersama Alang. Kewujudan Alang di Kampung Pantai sudah sekian lama menjadi buah mulut orang. Tapi siapa Alang & apa istimewanya dia? Alang itu teruna idaman Kampung Pantai, baik hati, berbudi bahasa, tak pernah tinggal solat & punyai banyak sisi yang membingungkan semua orang. Oh ya, Alang itu juga satu sekolah dengan Gayah. Orangnya handsome, berambut blond, bermata biru dan berbangsa Inggeris. Hah? Maksudnya, Alang tu orang putihlah? Tapi macam mana pulak anak orang putih ni boleh terselit di sebuah perkampungan Melayu pada tahun 1997? Ha... Nak tahu ceritanya, baca PULUT UNTUK ALANG. Free je kan? Tak payah nak susah-susah buang duit beli buku & tak payah nak pergi kedai buku nak tahu ceritanya. Cerita lengkap ada di sini!