SiMawarBerduri
Ada cinta yang tak mula dengan janji.
Ada rasa yang tak dirancang untuk tumbuh.
Perkenalan mereka bermula dengan roti berharga 80 sen di perpustakaan Kolej, waktu rehat yang sunyi, dan dua hati yang belum saling mengenali.
Irsyad Firdaus bin Irfan Firdaus - pelajar pendiam yang lebih selesa menyendiri.
Mawar Irdina binti Zahari - gadis ceria yang tak pernah berkira untuk berkongsi.
Hari itu, Mawar ternampak Firdaus menahan lapar sambil menekuni buku.
Dia hulurkan roti cuma 80 sen, tapi penuh makna. "Ambillah," katanya ringkas.
Firdaus hanya pandang, teragak-agak. Tapi dia ambil juga...
Dan sejak itu, sesuatu bermula.
Dari sekadar roti, tumbuh rasa.
Dari pandang pertama, jadi rindu.
Dari rindu, lahir cinta yang pada mulanya polos dan tulus.
Namun cinta itu diuji. Tujuh kali Firdaus dikhianati oleh Mawar.
Dan tujuh kali juga dia memilih untuk bertahan.
Bukan kerana bodoh. Tapi kerana cinta itu terlalu dalam.
Mawar tidak lari. Tidak berdalih.
Dia belajar menyesal. Belajar berubah.
Untuk Firdaus. Untuk dirinya.
Kini, mereka masih bersama... tapi tidak seindah dulu.
Masih ada "jaga diri" dan "dah makan?",
tapi bunyinya tawar. Nada suara sudah berbeza.
Mereka bukan bercinta mereka bertahan.
Namun dalam setiap luka, Firdaus tetap teringat roti 80 sen itu.
Tanda mula. Tanda harapan. Tanda bahawa sesuatu pernah indah.
Dan mungkin...
jika Tuhan izinkan, cinta itu akan sembuh.
Adakah cinta mampu menyembuhkan tujuh luka itu?
Atau mereka akan terus bertahan dalam hubungan yang menyakitkan... hanya kerana takut melepaskan?