niskalayumi
inspired by kudrat 1963
vote | comment | follow
Pada tahun 1968, Kolej Ungku Deramat (KUDRAT) melaksanakan Kem Tata Kudrat di hutan belakang sekolah yang diketuai oleh The Council yakni barisan para pengawas yang mewakili rumah masing-masing. Lalu satu perbalahan tercetus antara Abbas dan Kuda berkenaan Kuda yang telah melanggar prinsip kesamarataan yang diciptanya sendiri sehingga menyebabkan pandangan para pelajar kepada sang ketua pengawas mula berubah. Di sela-sela ketegangan itu, fenomena aneh berlaku disusul hujan lebat serta petir yang sambar-menyambar. Cahaya putih makin lama makin menyilau sehingga menelan beberapa orang pelajar.
Saat sudah boleh mencelikkan mata, mereka harus menelan kenyataan pahit lagikan pelik kerana mereka sudah berada pada tahun yang lain. Bukan dua tahun mahupun lima tahun hadapan namun mereka berada di tahun 2026, di mana KUDRAT telah mengalami transformasi besar-besaran. Mereka masih berada di tempat sama, cuma tahun berbeza.
Dan KUDRAT pada tahun 2026, bukan lagi sekolah untuk semua lelaki tetapi sekolah untuk semua perempuan. Saat itu, mereka harus belajar cara beradaptasi dengan trend masa kini serta perlu menyelesaikan persoalan dan mencari penyelesaian supaya mereka boleh kembali ke tahun 1968 semula.
Bagaimana para pelajar yang tidak pernah sebulu harus berkerjasama demi memecahkan kod misteri yang menyebabkan mereka terdampar di tahun 2026? Sila tekan 'Read' untuk tahu kesudahan cerita ini.