misswriter1997
Khairunnisa atau Khai menjadi mangsa buli selepas mempertahankan Hafizah daripada sekumpulan pelajar yang diketuai Julia. Tekanan fizikal dan emosi menyebabkan Khai hilang harapan sehingga cuba menamatkan hidupnya. Namun dia terselamat dan diberi peluang kedua. Dengan bantuan Liana serta latihan boxing, Khai kembali ke kampus sebagai seorang yang lebih berani dan kuat. Dia bukan sahaja mempertahankan dirinya daripada Julia, malah mula membantu mangsa buli lain. Daripada seorang mangsa yang pernah berputus asa, Khai akhirnya memilih untuk menjadi pelindung dan sumber kekuatan kepada mereka yang mengalami nasib sama.