niya_96
Li Peien merupakan Putera Mahkota Kerajaan P. Dia melanjutkan pendidikannya di salah sebuah universiti terkemuka di Jianghu. Sepanjang berada di sana, Peien ditemani oleh pembantu peribadi merangkap pengawal setianya.
Atas perintah ayahandanya, Peien menyembunyikan identitinya sebagai Putera Mahkota demi keselamatan dan kelangsungan pengajiannya. Kehidupannya di Jianghu dijalani sebagai seorang pelajar biasa, tanpa sebarang kemewahan istana.
Pada tahun kedua pengajiannya, ketika cuti musim panas di Jianghu, Peien dipanggil pulang ke Kerajaan P atas desakan ayahandanya untuk menyambut ulang tahun kelahiran baginda. Namun, kepulangannya itu membawa perubahan yang tidak diduga.
Pada ketika itulah, identiti sebenar Peien sebagai Putera Mahkota terbongkar kepada salah seorang sahabatnya, Eliot Huang - seorang tokoh muda yang merupakan antara konglomerat tertinggi di Negara X. Terkejut namun menghormati kepercayaan Peien, Eliot berjanji untuk menyimpan rahsia tersebut.
Peien kemudian meminta Eliat agar merahsiakan identitinya daripada sahabat-sahabat lain, demi keselamatannya sepanjang dia meneruskan pengajian di Jianghu.
Dapatkah dia merahsiakan identiti nya dengan lebih lama? Dapatkah Peien mengenalkan persahabatnya dengan mereka bertiga??