flower_kill
15 tahun lalu, Elayna Aurelia Sofea kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu tragedi yang meninggalkan luka dan trauma yang tidak pernah sembuh. Sejak itu, dia memilih untuk hidup dalam dunianya sendiri menjadi dingin, pendiam dan sentiasa menjauhkan diri daripada orang lain.
Namun kehadiran Melissa Claire Arianne, seorang yang ceria, manja dan tidak pernah berputus asa, perlahan-lahan mula mengubah hidup Elayna. Di sebalik segala ketakutan dan kenangan yang menghantui masa lalunya, Melissa mengajarnya bahawa tidak semua orang akan pergi, dan tidak semua luka perlu ditanggung sendirian.
Ketika hubungan mereka semakin rapat, rahsia yang tersimpan selama 15 tahun mula terbongkar, termasuk sebuah janji lama yang dipikul oleh Ryan Alexander Reid sejak mereka masih kecil.
Warna Selepas Hitam ialah kisah tentang kehilangan, penyembuhan dan cinta yang hadir sebagai cahaya dalam hidup seseorang yang hampir menyerah kepada kegelapan.