Lovenovel Stories

Refine by tag:
lovenovel
WpAddcinta
WpAddromance
WpAddlove
WpAddnovel
WpAddnovelmania
WpAddlovestory
WpAddromantik
WpAddromancestories
WpAddnovelfiksyen
WpAddfiction
WpAddnovelcinta
WpAddnovelmelayu
WpAddlovelife
WpAddyoungadult
WpAddromantic
WpAddfunny
WpAddlife
WpAddhighschool
WpAddfamily
lovenovel
WpAddcinta
WpAddromance
WpAddlove
WpAddnovel
WpAddnovelmania
WpAddlovestory
WpAddromantik
WpAddromancestories
WpAddnovelfiksyen
WpAddfiction
WpAddnovelcinta
WpAddnovelmelayu
WpAddlovelife
WpAddyoungadult
WpAddromantic
WpAddfunny
WpAddlife
WpAddhighschool
WpAddfamily

183 Stories

  • Sesuci Cinta Qaseh - Luvis Eija by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 947
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK : SESUCI CINTA QASEH PENULIS : LUVIS EIJA NO ISBN : 978-967-0907-09-3 Cinta??? Benarkah cinta sejati itu wujud? Jika benar, mengapakah ia amat menyakitkan? QASEH SYAFIQAH, gadis kampung yang tidak pernah percaya pada sebuah ungkapan cinta dan perkahwinan. Lantaran sejarah silam orang tuanya, dia takut untuk membuka ruang di hati bagi sebuah cinta sejati. Kerana sejarah silam juga, dia berdendam dengan ayah kandungnya sendiri. Hanya kepada Tok Daud tempat dia menumpang kasih. Dan hanya kepada Aamar tempat dia mencurah rahsia hati. Tapi, takdir memang tidak pernah terduga. Perancangan Allah mengatasi segalanya. Atas desakan datuknya, dia berkahwin juga walaupun hati tidak pernah rela. Mampukah rumah tangganya bertahan, kerana di hatinya langsung tiada cinta. "Aku tak minta lama, cuma setahun aje. Lepas setahun kita boleh berpisah." - Harith HARITH HAIKAL, lelaki kacak yang telah dipilih untuk menjadi pelindung kepada Qaseh. Lelaki yang diamanahkan untuk melenturkan dendam dan mencambahkan cinta di hati wanita itu. Walaupun pada mulanya dia sangat membenci, namun terbit jua rasa cinta di hati. "Awak... ermm, awak ada masukkan duit... dalam akaun bank saya ke?" - Qaseh "Hmm, kenapa?" - Harith "Tak adalah... duit baki dalam akaun saya tiba-tiba saja jadi banyak." - Qaseh "Entah! Kekasih gelap kau yang masukkan tak? Tak pun sugar daddy kau!" - Harith Mampukah Harith membenih rasa cinta di hati Qaseh, sedangkan hati perempuan itu sudah lama mati, sudah sekian lama ketandusan cinta dan kasih sayang? Mampukah benteng yang dibina dengan ramuan kebencian dan dendam itu bertahan apabila dilanda lautan kasih dan sayang? Akan lembutkah hati Qaseh dek kesabaran dan kesungguhan Harith? Apakah mampu untuk Qaseh memaafkan ayahnya lantaran kisah silam tetap terpahat utuh dalam ingatan?
  • Jangan Ganggu Buah Hatiku - Isma Adeliya by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 290
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK : JANGAN GANGGU BUAH HATIKU PENULIS : ISMA ADELIYA NO ISBN : 978-967-0907-12-3 BLURB: Cari mama, pujuk mama supaya rujuk semula dengan papa, satukan semula keluarga yang sudah berpecah, kemudian baru fikirkan tentang diri sendiri. Tapi bagaimana mahu buat Irsyad Rifqi yang tidak putus asa menggoda, memujuk dan mendesak faham akan keutamaannya? "Sekiranya menyayangi awak, merindui awak, mengambil berat tentang awak adalah satu kegilaan... saya sanggup gila sepanjang hayat."- Irsyad Rifqi Keadaan menjadi lebih rumit apabila rupa-rupanya kekasih mama ialah abang kepada Irsyad Rifqi. Nanti apa gelaran pangkat yang perlu dia panggil, abang ipar atau bapa tiri? "Saya tak boleh paksa awak terima angah saya sebagai suami baru mama awak. Tapi jangan disebabkan mereka, hubungan kita terganggu. Saya sayangkan awak dan tak ada apa yang boleh menggugat rasa cinta yang ada." - Irsyad Rifqi Tambah kalut apabila wujud Aish Mirza, lelaki kekwat bermulut pedas yang merasakan kehadiran Samirah begitu menyusahkan. "... Jangan perasan aku nak peluk kau. Tiang lampu tu lagi sedap dipeluk daripada kau!" - Aish Mirza Bila si kekwat tiba-tiba berubah, setia menemani, menasihati dan mendengar setiap keluh-kesah, ikhlaskah dia, atau ada niat jahat yang tersembunyi? "A good girl like Samira deserves a good man like me. Ingat, jangan ganggu buah hati aku!" - Irsyad Rifqi "Apa pun perasaan aku terhadap Ira tak penting. Aku tak suka nak ganggu buah hati orang..." - Aish Mirza Berjayakah Samirah menyatukan keluarganya dan antara CEO muda yang punya segala dan seorang lelaki yang biasa-biasa, siapakah yang berjaya menawan dan menjadi buah hati Samirah?
  • Mg face is a world by PurpleTulip7
    PurpleTulip7
    • WpView
      Reads 21
    • WpPart
      Parts 2
    အလာကောင်းပေမဲ့အခါနှောင်းခဲ့ပြီ ဖြူ........ #ချစ်ရိပ်ညို
  • Kau Princess Aku Okey! - Imani Hatta by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 711
    • WpPart
      Parts 11
    TAJUK: KAU PRINCESS AKU OKAY ! PENULIS: IMANI HATTA ISBN N0: 978-967-0907-30-7 BLURB: "Aku tak percaya pada cinta." - Hakimy "Me too..." -Raysha Cinta bukan untuk memiliki. Jihan Raysha belajar daripada pengalaman hidup untuk tidak mempercayai cinta yang hadir. Dia takutkan kegagalan. Disebabkan cinta, dia berpisah dengan adik-beradik kembarnya. Cinta merapatkan dua hati, tetapi disebabkan dua cinta, hati menjadi rapuh. Siapa kata cinta boleh membahagiakan? Iqram Zafriel membesar dalam limpahan kasih sayang oleh keluarganya. Namun itu bukan bermakna hatinya tidak pernah terluka. Baginya tanpa kepercayaan, cinta tidak akan terjalin. Disebabkan kepercayaan itulah, dia terluka. Hatinya dilukai. "Esha Ebrahim?" - Puan Sri Tengku Zanariah "Are you really our Jihan?" - Najmy "Jelaskan dulu. Apa yang berlaku? Siapa kau? - Hakimy Mereka bertemu bukan kebetulan. Mereka berpisah disebabkan suratan takdir. Pertemuan mereka bukan dirancang, menanam bibit-bibit rasa yang cuba diusir. Akhirnya mereka bersatu Siapakah mereka? Namun terlalu banyak rahsia yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan Jihan Raysha. Bagi Iqram Zafriel pula, rahsia itu dapat melindungi gadis itu "Mulai hari ini saya akan belajar mencintai dan menyayangi Raysha. I'm serious about this. From now onwards, I'm going to take care of her." - Iqram Tetapi ada kenangan walaupun sepahit mana, harus perlahan-lahan dilupakan. Ada yang harus dilepaskan. Ibarat daun yang jatuh ditiup angin, tidak pernah membenci angin, untuk siapa harus dipersalahkan? Hidup ini satu ujian dan reda dengan apa yang berlaku. Adakah merahsiakan itu mampu melindungi? Adakah melindungi, dapat melindungi? Kerana cinta, manusia buta...
  • Diakah Cinta? - Gee Muszisya by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 235
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK : DIAKAH CINTA? PENULIS : GEE MUSZISYA ISBN N0: ISBN N0: 978-967-0907-62-8 BLURB:- Tiba-tiba lelaki itu muncul kembali setelah hati AYUNI AISYA digores luka. Pertemuan yang tidak disengajakan dengan DANIAL HAIKAL telah menggamit kembali kenangan lama. Mengapa begitu payah untuk dia melupakannya? Lagi haru-biru apabila dia terpaksa menjadi pembantu peribadi lelaki itu. "Tapi aku sangat tak suka dia! Tak suka! Tak suka! Tak suka!" - Ayuni "Orang kata; kita jangan tak suka sangat kat seseorang tu. Sebab perasaan tak suka tu boleh jadi suka. Hang jangan tak suka sangat kat dia. Kut tak suka, sat gi jadi sayang sangat kat dia kut... Masa tu baru hang nak menjerit. Aku cinta! Cinta! Cinta dia!!!" - Shafiqa Kata-kata itu seakan sumpahan. Lelaki itu seperti ada aura yang buat dirinya kalah melawan perasaan sendiri. Danial telah berubah 100%. Bicara lelaki itu seakan ais yang menyirami hatinya. Pelik! Walau dilukai, hati masih mampu menyayangi. Bagi Danial, pertemuan kembali dengan Ayuni membuatkannya kembali 'hidup'. Sejak dulu cintanya untuk Ayuni. Kerana kesilapan diri, gadis itu membencinya. Dia nekad! Cinta gadis itu akan kembali ditakluki. "Kita boleh jadikan perkara ni bukan lagi satu pembohongan." - Danial "Macam mana?" - Ayuni "Kita kahwin." - Danial "Awak sedar tak apa yang awak cakap ni?" -Ayuni "Sedar." - Danial. "Awak ni kadang-kadang bercakap ikut hati awak saja. Tak fikir panjang langsung. Awak ingat nikah kahwin ni macam main pondok-pondok?" -Ayuni "Awak ingat saya main-main pasal hal nikah kahwin ni?" - Danial Perancangan keluarga hendak menjodohkannya dengan Izara memaksa Danial mengatur rancangan gila. Dan mungkin dengan cara itu juga dia dapat memiliki gadis yang dicintainya. Namun, Datuk Zahari meletakkan syarat sekiranya Danial tetap mahu mengahwini Ayuni. Danial nekad, untuk melepaskan gadis yang dicintai tidak sama sekali! Adakah syarat itu akan mengeruhkan lagi hubungan Datuk Zahari dengan Danial yang sudah sedia dingin sejak dulu?
  • Love of the grey shade by Alan_Mitch
    Alan_Mitch
    • WpView
      Reads 62
    • WpPart
      Parts 2
    WARNING: This is NOT my book. This is an translation. I've made it because I really love this story and I think this book deserves much more attention from different readers than it has now. An author of the original book is an incredible Russian writer elena_inspirati. Her works you can find following the link below: https://www.wattpad.com/user/elena_inspirati Hope you guys enjoy it. ______________________________________________ First part of "Love of the grey shade" trilogy. 1st book is "Love of the grey shade". 2nd book is "Love of the grey shade: light is worse than darkness". Fantastic love novel. ________________________________________ In this world people are devived into 2 different classes: "dark" and "bright". One of them represents ideal of the human's life, and another one contains all of the humanity's vices in itselfs. They are drifed away from each other to never create any conflicts and to avoid blood mixing. "Bright" people live in the light of day, creating families and making good deeds, when at the same time "dark" people create chaos in the dark. In the night misfits can do whatever they want to but at the day they must be hiden in their houses, giving the light rule. After two young people's fatal meeting the girl has to agree with her nightmare on a little deal. Slowely they start to find out each other more and more and use to so big differences. But what to do, when even the nature is versus at least of small demonstration of a warm feelings?
  • Terbias Benci Tersirat Rindu - Luvis Eija by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 839
    • WpPart
      Parts 10
    TERBIAS BENCI TERSIRAT RINDU PENULIS : LUVIS EIJA NO ISBN : 978-967-0907-19-2 BLURB: NURUL IMAN... Seorang gadis lincah dan periang. Sentiasa tersenyum walaupun dalam hati, bermukim kesedihan. Semenjak kecil dia dijaga oleh Wan Bedah dan Mak Su Normah. Dia sentiasa tertanya-tanya tentang statusnya. Siapakah ibu dan bapa kandungnya? Di manakah mereka sekarang? Namun, setiap kali persoalan diutarakan, hanya kebisuan Wan Bedah dan Mak Su normah yang menjadi jawapan. Kehadirannya di banglo mewah milik Tengku Faridah telah merubah jalan hidupnya. Entah kenapa, berada di samping Tengku Faridah sentiasa mengundang debaran dalam dada. Tambahan lagi apabila terpaksa berdepan dengan Tengku Amjad Kamil, lelaki kacak yang sentiasa sinis dalam percakapan. Namun, lelaki itu sentiasa memburunya. "Siapa yang dah masuk dalam bilik aku ni, memang tak akan dapat keluar dengan selamat." - Tengku Amjad Kamil Bertambahlah sesak lagi dadanya apabila Tengku Amjad Kamil nekad mahu menikahinya. "Tak payah nak mengarut! Aku tak naklah kahwin dengan kau... Kita memang tak sepadan..." - Nurul Iman. "Aku tak tanya persetujuan kau. Aku tak kira, sama ada kau rasa aku ni sepadan ataupun tak dengan kau. Apa yang aku tahu, walau apa pun yang berlaku. Kau tolak aku sampai tertonggeng pun, aku tetap nak kahwin dengan kau. You are mine! Always be mine, baby..." - Tengku Amjad Kamil Mampukah Nurul Iman menerima kehadiran lelaki itu, sedangkan cinta dalam hatinya milik lelaki lain? Wujudkah perasaan rindu dalam hati, sedangkan mulut sering mengungkapkan benci? Akan tersingkapkah segala rahsia tentang Nurul Iman? Berjayakah misi Mak Su Normah untuk mengembalikan Nurul Iman kepada yang berhak?
  • My Miss Universe - Wannie Nordin by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 627
    • WpPart
      Parts 10
    "Nama saya Intan Darissa binti Ahmad Imran." - Darissa Bagaikan terpaku Hakim mendengar suara itu memperkenalkan dirinya. Cantik macam bidadari kayangan! Memang cantik, secantik Miss Universe! Ya... Miss Universe! Itulah gelaran yang sewajarnya diberi untuk gadis cantik yang telah berjaya membuat hati lelakinya terusik dan terpikat dengan hanya sekali pandang sahaja. Tetapi, ternyata untuk memiliki cinta Miss Universe yang bernama Darissa itu bukannya mudah; penuh dengan sifat degil, keras hati, ego, angin satu badan dan pendendam. Bertahun-tahun Hakim rela menunggu dan bersabar, namun gadis kesayangan tetap juga tak lembut hati. Bagi Darissa, dia terlalu takut untuk jatuh cinta kerana baginya cinta hanya membuatkan dia menderita. Berbicara soal cinta saja sudah membuatkan hatinya terluka, kerana cinta yang ditinggalkan Iqram amatlah menyakitkan! Walaupun berkali-kali Darissa menyatakan bahawa dia hanya menganggap Hakim itu hanya sebagai kawan, namun akhirnya dia terpaksa mengaku yang dia sebenarnya tidak mampu hidup tanpa hero lemang hangus itu. Hakimlah sahabat, kekasih, tunang dan suami yang menjadikan hidupnya bagaikan syurga di dunia ini. Tetapi, kenapa saat cintanya dan Hakim baru saja hendak bersemai indah, muncul pula Iqram dan Dewi Yusrina yang mengganggu emosi dan perasaan mereka? Iqram itu lelaki dayus dan pengecut. Seandainya Iqram tidak bertindak bodoh dahulu, hidup Darissa tidak akan menjadi porak-peranda. Dulu Iqram membuat Darissa menangis, dan sekarang ini Iqram juga yang menjadi duri dalam daging kebahagiaannya dengan Hakim. Dan seandainya kebahagiaan ini tergugat, adakah akhirnya Dewi Yusrina yang akan menjadi pengganti Darissa dalam hidup Hakim? Adakah cinta lelaki lemang hangus dengan gadis secantik Miss Universe itu akhirnya akan benar-benar menemui titik noktah bahagia?
  • Kau Yang Kunanti - Ida Farisya by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 1,109
    • WpPart
      Parts 10
    Product Description TAJUK: KAU YANG KUNANTI PENULIS: IDA FARISHA ISBN N0: 978-967-0907-32-1 HARGA : RM 31.00(SM) / RM 34.00(SS) BLURB: "Mira muak tahu tak dengan janji abang tu. Janji yang tak mungkin abang akan tunaikan kerana dalam hati abang hanya ada Sofiana. Mira ni cuma pengubat kesunyian abang aje. Atau mungkin sekadar pelepas nafsu abang di saat abang menginginkan Sofiana!" - Amirah Hati yang terluka sukar untuk dipujuk hanya dengan kata-kata indah. Bagi Amirah kepercayaan yang diberikan buat suami hilang begitu sahaja tika cinta dan sayangnya diabaikan. "Mira jangan lupa. Mira tu masih isteri abang yang sah!" - Hakim Tidak pernah terniat dalam hati Hakim ingin melepaskan Amirah daripada hidupnya. Dia pernah melakukan kesilapan dan dia akan pastikan semua itu tidak akan berulang lagi. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan Amirah semula. "Jangan ingat aku akan biarkan kau berdua bersama semula. Sampai ke mati aku takkan biarkan. Hakim milik aku seorang!!! Aku akan musnahkan satu-satunya jalan untuk Hakim kembali kepada Amirah! Kau memang silap Amirah kerana cari pasal dengan aku!!!" - Sofiana Bagi Sofiana, Amirah perampas! Mereka berdua harus dipisahkan selama-lamanya. Lalu, pelbagai cara dilakukan untuk menjayakan rancangannya itu. Demi membuktikan kata-katanya, Hakim berusaha keras untuk memenangi hati Amirah. Namun ia tidaklah semudah yang disangka. Hati Amirah terlalu keras untuk dicairkan. Bagi Amirah pula, apa yang dilakukan adalah untuk menjaga hak anaknya sendiri. Biar apa orang kata, dia tidak peduli. Kerana mereka tidak akan faham nasib anak yatim piatu seperti dirinya. Lalu, dalam keterpaksaan, Amirah mempertaruhkan lagi kehidupannya dalam satu perjanjian. Perjanjian yang bakal merubah perasaan masing-masing. Apakah perjanjian yang telah dipersetujui oleh Amirah dan Hakim? Mampukah Amirah tetap dengan pendiriannya untuk tidak terbuai dengan godaan suami sendiri?
  • Yang Bermukim Di Hati - Lynn Safiya by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 1,365
    • WpPart
      Parts 10
    YANG BERMUKIM DI HATI PENULIS : LYNN SAFIYA NO ISBN : 978-967-0907-14-7 BLURB: Disebabkan semangat yang membara mahu menyambung pelajaran ke luar negara, Aina Yasmin (Min) terpaksa akur pada syarat bapanya untuk bertunang dengan dua pupunya, Ameer Aazad (Aazad), lelaki yang ego, perasan bagus dan jelas membencinya. Lima tahun bertunang, tidak pernah sekali pun mereka berhubung. Pertunangan atas dasar terpaksa dan demi sebuah janji semata-mata tidak mungkin menjanjikan bahagia. Maka Min nekad memutuskan pertunangan mereka sebaik pulang ke tanah air. Sangkanya tentu Aazad tidak akan membantah kerana sedar lelaki itu amat membenci dirinya. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Aazad mengenakan syarat sebelum bersetuju. Syarat yang membuat Min tersepit dan keliru. Aazad yang pernah hanyut dalam keasyikan dunia suatu ketika dulu, kini telah berubah 100%. Dia kini mahu memburu cinta Min. Mahu berpegang pada janjinya kepada bapa gadis itu. Namun bukan mudah untuk Min menerimanya setelah kata-kata hinaan yang pernah dilemparkan dulu masih memberikan kesan yang amat mendalam di hati. "Badan kurus sekeping macam jantan, kulit pulak berkilat semacam je, macam terbakar. Eee... aku langsung takde selera nak pandang... Kau tengok aku! Takkan pompuan macam tu layak nak berdampingan dengan orang macam aku ni?" - Ameer Aazad Sukarnya melenturkan hati seorang Min. Sukarnya menagih peluang kedua daripada gadis yang pernah dilukainya dulu. Namun sukar lagi bagi Aazad untuk mengaku kalah. Gadis itu harus dimiliki walau dengan apa cara sekalipun. Itu tekadnya. Dalam misi memburu cinta Min, hubungan mereka dilanda dugaan yang hebat. Min begitu mudah mengaku kalah kerana tidak sanggup lagi dilukai oleh lelaki yang sama berulang kali. Cukuplah peluang yang telah diberikan kepada Aazad. Tiada lagi! Masih adakah peluang bagi Aazad untuk meraih cinta Min? Bisakah dia merawat hati Min yang sudah retak seribu? Benarkah tiada lagi ruang dalam hati Min buat Aazad?
  • Mr.Babe Magnet???Not!!! - Lynn Safiya by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 797
    • WpPart
      Parts 12
    TAJUK : MR BABE MAGNET??? NOT!!! PENULIS : LYNN SAFIYA ISBN N0: ISBN N0: 978-967-0907-56-7 BLURB: ZAYN AZZIKRI sering memandang serong akan hubungan akrab antara anak saudaranya, Naim dengan AZZAHRA HUSNA. Dia tidak percaya wujudnya persahabatan antara lelaki dengan perempuan tanpa melibatkan hati dan perasaan. Dia yakin Azzahra menyimpan perasaan terhadap Naim dan hanya menunggu masa telahannya terbukti benar. Azzahra, pernah digelar perigi mencari timba kerana dari kecil hinggalah dia berusia 17 tahun, usaha serta impiannya hanya satu. Mahu menjadi isteri kepada sepupunya, Farouk. Ditolak berkali-kali oleh Farouk, akhirnya membuatkan Azzahra sedar diri. Farouk tidak akan sekali-kali menjadi miliknya. Maka Azzahra membuat keputusan untuk kuburkan saja setiap rasa dalam hatinya. Suatu insiden yang melibatkan keluarga Farouk telah membuatkan Azzahra tersepit di tengah-tengah. Dia buntu. Tunang Farouk yang lari, mengapakah dia yang perlu menjadi galang gantinya? Walaupun dulu Farouk menjadi idaman hati, tapi kini rasa itu sudah tiada lagi. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Azzahra sanggup berkorban asalkan bukan berkahwin dengan Farouk. Disebabkan terdesak, Azzahra melamar Zayn, lelaki yang selama ini disangka tidak suka akan dirinya. Zayn sering bercakap kasar dengannya, tetapi dia sentiasa ada tatkala Azzahra dalam kesusahan. Dan Zayn tidak perlu berfikir dua kali. Azzahra akan diangkat menjadi isteri. Tiada yang manis dalam bicara Zayn. Semuanya sinis belaka. Azzahra yang serik akibat sering ditolak oleh Farouk dulu, tidak meletakkan sebarang harapan pada perkahwinannya. Maka hatinya dijaga rapi. Tiada usaha untuk merapatkan hubungannya dengan Zayn. Dan ketika bekas kekasih Zayn datang menagih simpati, Azzahra terkedu sendiri. Mengapakah begitu mudah Zayn menerima lamaran Azzahra? Apa motifnya? Dan tatkala Zayn seakan berubah hati, perlukah Azzahra angkat kaki?
  • Saat Kau Jauh - Izz Jaja by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 2,976
    • WpPart
      Parts 11
    TAJUK: SAAT KAU JAUH PENULIS: IZZ JAJA ISBN N0: 978-967-0907-24-6 Blurp : NURUL ANA LIYANA - Menjadi seorang gadis yang dibenci keluarga bukan sesuatu yang mudah buatnya. Malah, dia tidak pernah diberi ruang untuk mengungkap kata sayang. Pedih dan sakit dalam hati hanya dia yang mengerti. Dia terkapai-kapai mencari harga diri. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mengecap bahagia. Sekali pun tidak. Sesaat pun perasaan itu tidak pernah wujud dalam kamar hatinya. "Segala-galanya terlalu sakit untuk diingati. Terlalu luka untuk diubati."- Ana Liyana IKHWAN FAZAIL - Lelaki yang punya segala-galanya, cukup lengkap untuk lelaki semuda dia. Kemewahan menjadikan dia lupa kepada Sang Pencipta. Dia buaya darat yang dikenali ramai. Kasih Ikhwan buat Narisha seorang, namun keinginannya hanya kepada Ana Liyana, gadis yang ingin dia takluki. Sungguh, dia hanya mahu wanita itu menemani lenanya. "Kalau pun seluruh dunia tak sukakan you, I takkan sesekali benci pada you, Ana." - Ikhwan Fazail Hebatnya rencana Ilahi, Ana dan Ikhwan akhirnya bersatu sebagai suami isteri. Dalam terpaksa dan separuh rela, Ana menyerah. Aturan takdir itu bukan kehendaknya. Penyatuan itu diharap dapat menjadi tempat untuk dia menumpang kasih. Sayang sekali, Ikhwan masih dengan egonya, sekalipun hati kecilnya mengakui betapa dia menginginkan Ana sebagai isteri. Cinta dan kasih sayang dipertaruhkan. Dendam dan hasad dengki akhirnya memisahkan mereka. Pantasnya waktu berlalu menyaksikan perubahan kepada seorang Ana Liyana. Dia bukan lagi gadis naif yang jelik untuk dipandang. Pedihnya memori silam telah mengajar hati Ana untuk menjadi seorang wanita yang lebih tabah dan cekal. Bagi Ana, cukuplah derita semalam. Dia tidak mahu berpaling lagi. Lantas, saat Ana menjauh, hati Ikhwan berbisik syahdu... "Hanya Ana yang I dambakan."
  • my gay furry romance novel  by Amitashi_real
    Amitashi_real
    • WpView
      Reads 39
    • WpPart
      Parts 3
    i havent written in ages!be soft on me
  • Forever Love by HotlookChen
    HotlookChen
    • WpView
      Reads 46
    • WpPart
      Parts 10
    When Tegan discovers a document titled"Forever Love" dedicated to her boyfriend's ex, she realizes she was merely an audience to his performance of devotion. From shattered illusions and escape to a brutal confrontation with the ex, Claire, she embarks on a journey of self-recovery in the Banff wilderness. Finally, with a man who has silently watched over her for fifteen years, she learns that true love is about allowing each other to have a voice, not about playing the perfect, silent shadow.
  • Akhir Cerita Cinta - Aiza Qriselda (AQ) by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 348
    • WpPart
      Parts 6
    Kata Peah, Ali ini ada penyakit kayu-kayan macam kayu yang dia belah. Keras semacam. Kata Ali, nak betulkan otak Peah yang terkehel tu memang dia kena kejam. Kata Hadif, cinta seorang suami tiada syarat. Kata Aleya, cinta itu bukan fairytales but it is a real story that have it own sweet and savoury. Jika: Ali & Peah -- > pasangan 1 Hadif & Aleya Hanina -- > pasangan 2 Di mana, Peah = Aleya Hanina Akan adakah happily ever after? Jawapannya dalam 'Akhir Cerita Cinta'! SE MIMPI YANG SEMPURNA (50 Anekdot Contengan Istimewa): Jika dulu, Wardah dan Encik Haiman ada Akim yang remaja dan Adam yang masih bayi. Agak-agaknya sekarang, bila daddy dan mama ditemani Adam yang banyak akal dan Adra yang dah pandai bercakap, apa yang akan jadi? Bertambah meriah, huru-hara atau Encik Haiman kembali menjadi Encik Singa? Wardah pula, masih kekalkah sebagai Sweetheart kepada Mr. Beastnya?
  • Dean & Jean - Ameera Ameer by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 990
    • WpPart
      Parts 11
    TAJUK: DEAN & JEAN PENULIS: AMEERA AMEER ISBN NO: 978-967-2185-53-6 HARGA :RM 30.00 (SM), RM 33.00(SS) BLURB "Nama aku Wan Mohd Nasrudean. Tapi kau boleh panggil aku, Dean." - Dean "Saya Jean. Jeanelle Fitri." - Jean Perkenalan pertama ketika di University of Leicester hampir 6 tahun lalu tidak terhenti di situ, malah jalinan persahabatan mereka semakin utuh. Dean dan Jean, bagai isi dengan kuku. Di mana ada Dean, di situ juga ada Jean. Bercinta? Tidak sekali-kali kerana pada Jean, Dean terlalu mahal dan istimewa untuk dia jatuh cinta. Berbekalkan rupa yang cantik, Jean dikejar ramai lelaki. Tetapi kata Jean, dia sedang menanti 'her soulmate' yang masih belum kunjung tiba. Hakikat sebenarnya, Jean yang takut untuk hidup berdua! "Kalau dapat suami yang baik dan bagus, okeylah. Kalau dapat yang jenis lebih syaitan daripada syaitan tu macam mana?" - Jean "Dalam solat tu doalah minta ditemukan dengan lelaki yang baik-baik, yang hidup berlandaskan agama. Lagipun Jean, kenapa takut untuk hidup berdua kalau hidup sendiri jauh dari sempurna?" - Dean "Aku tak takut, tapi selagi alarm soulmate aku belum berbunyi, aku lebih rela jadi anak dara tua." - Jean Tetapi, segalanya berubah apabila salah seorang daripada mereka mula menyimpan rasa. "Apa kata kalau kita kahwin?" - Dean "Jangan berguraulah Dean. Kau pun tahu lelaki macam mana yang aku cari." - Jean Haih! Rumitnya kalimah cinta pada kaca mata Jean. Tapi bagi Dean, Jean sebenarnya buta dan dia akan cuba seribu daya untuk merubah pandangan Jean tentang cinta. Akan berjayakah Dean melunturkan hati besi Jean apabila dalam masa yang sama, ada lelaki lain yang lebih berani melamar Jean? Adakah Jean akan terus menanti soulmatenya muncul atau memilih lelaki yang mampu menjadi pelengkap hidupnya?
  • Cinta Zara - Aein Dhiyauddin by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 2,872
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK: CINTA ZARA PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN ISBN NO: 978-967-0907-71-0 HARGA: RM 26.00(SM), RM 29.00(SS) BLURB: Perjalanan rumah tangga ZARA AULIA jauh berbeza dengan cerita dalam novel. Walaupun kahwin paksa, dia diulit bahagia. Namun entah di mana silapnya, dia diceraikan kerana orang ketiga. "Kalau tak cinta kenapa mesti pura-pura mencinta? Kenapa manjakan saya? Kenapa layan saya macam permaisuri? Kenapa! Kenapa!"- Zara Aulia Enggan dibelenggu kekecewaan, dia membawa diri. Selepas bertahun-tahun dia kembali ke Kuala Lumpur untuk satu misi. Misi yang bakal merubah perjalanan hidupnya. Pertemuannya dengan seseorang membuatkan dia terkesima. Selepas bertahun-tahun, senyuman seorang jejaka menambat hatinya. Namun begitu, dia serik untuk menghulurkan cinta buat mana-mana lelaki. Hati DANIEL HADEE sudah terpaut sejak kali pertama bertentang mata dengan Zara. Dia sedar sesuatu, pasti Allah menghadirkan bidadari cantik ini untuknya. Dia sanggup buat apa saja untuk menambat hati Zara. "Awak jangan bagi hati awak kat lelaki lain. Saya nak terjun masuk dalam tu. Dan duduk dalam hati awak hingga akhir hayat saya." - Daniel Hadee Berkali-kali Zara menolak lamarannya. Tapi dia yakin, suatu hari nanti hati Zara bakal menjadi miliknya. Di sebalik penolakan Zara, dia tahu sekeping hati itu merindui secebis cinta seorang lelaki, namun kelukaan membuatkan Zara trauma. Pertemuan kembali AMMAR SYAFIQ dengan Zara selepas bertahun-tahun membuatkan dia yakin jodoh mereka masih ada. Dia hanya perlu memujuk Zara untuk menerimanya semula. Dia yakin cinta Zara masih utuh buatnya. Zara tersepit antara dua cinta. Cinta lelaki yang pernah membuatkan dia bahagia dan terluka, atau cinta jejaka yang membuatkan hatinya berbunga kembali. Siapakah yang patut dia pilih untuk menjadi imamnya? Atau haruskah dia lari sekali lagi?
  • Italian Boy - Dekna Lee by LoveNovelPublishing
    LoveNovelPublishing
    • WpView
      Reads 1,011
    • WpPart
      Parts 10
    TAJUK : ITALIAN BOY PENULIS : DEKNA LEE NO ISBN : 978-967-0907-17-8 BLURB: Benji pulang ke Malaysia Setelah habis belajar dengan membawa gelaran bekas model sabilan di USA. Pulangnya disambut oleh Oddie, anak kawan baik mamanya, orang yang langsung tidak pernah bertegur sapa dengan dia sepanjang hidupnya. Oddie, dia dah jangka sangat niat mama mereka untuk menyatukan dia dengan crushnya semenjak kecil itu. Namun, semakin dia kenal Benji, semakin annoying dia dengan sikap mamat Itali itu. Kemunculan Amzar dan Ikram membuatkan perangai Benji semakin aneh. Benji selalutenung dia, ajak dia keluar dan sebagainya walaupun ketika itu Benji dah ada kekasih yang panggil 'darling'. Semakin lama, Benji semakin berani bermain dengan api. "I miss you." ~ Benji "Tell that to your darling!" ~ Oddie Mungkin sebab jodoh, mereka bersatu juga sebai sepasang tunang. Oddie tahu, dia bertunang dengan jejaka pilihan Malaya memandangkan Benji telah lama menyambung kariernya sebagai model tetap di Malaysia. "Benji, tentu hidup dia lebih banyak berhadapan dengan perempuan lain. Yang bodi cantik, muka cantik... bukan seorang dua yang nakkan dia. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai." ' Sofian, abang Oddie. Oddie rela dilambung ombak berkali-kali asalkan buah hatinya di sisi. Siapa sangka, dugaan bertunang dengan orang glamor ini besar sungguh. Patutlah Sofian menitipkan pesanan begitu. Oddie sering makan hati apabila 'darling' Benji mendapat perhatian media semenjak kecoh berita tentang pertunangan mereka. Mereka diuji berkali-kali sehingga Oddie mula rasa teragak-agak untuk meneruskan perkahwinan mereka. Kemunculan bapa kandung Benji memburukkan lagi keadaan. "...Oddie nak ajak dia bincang dalam-dalam, Oddie tak mapu nak teruskan dah." ~ Oddie Apakah kesudahannya? Kuatkah jodoh mereka atau salah seorang daripada mereka terpaksa menyerah kalah? Kukuhkah rumah di tepian pantai dipukul deruan deruan ganas ombak yang menghempas?
  • Addictive by BruhItzMacc
    BruhItzMacc
    • WpView
      Reads 60
    • WpPart
      Parts 2
    " Your not Some kind of Cigarette, or drug, or sweet... But some how your still addictive.."