wrtr_unknown
Mengisahkan pertemuan dua hati setelah lama menyepi. Pertemuan mereka berdua yang terakhir semasa mereka masih menjengah usia yang dikategorikan sebagai kanak-kanak.
Khadeeja Diandra.
Sebaris nama yang indah dan cantik sama seperti tuan badannya.
Kemalangan yang berlaku beberapa tahun yang lalu telah menyebabkan Khadeeja dibenci oleh mummy nya sendiri kerana tragedi itu telah meragut nyawa suaminya.
Oleh kerana merasa kasihan akan nasib cucunya, Dato' Hisyam berbincang dan membuat keputusan bersama-sama disepakati oleh Halina untuk mengahwinkan Khadeeja. Dato' Hisyam mula terdetik di hati dan berkenan untuk menjadikan anak pemandunya sebagai suami kepada cucunya itu.
Namun sayangnya, Euzayr Eusoff telah mempunyai seseorang di hati.
"Kalau along cakap along tak nak kahwin,adik percaya?" - Euzayr Eusoff
"A-along tak bersedia lagi nak galas tanggungjawab ni. Lagipun along dah ada pilihan sendiri"
Walaupun dia menafikan perasaannya, namun lama kelamaan timbul bibit cinta di antara mereka berdua.
Sudah pun mempunyai pilihan hati, namun Euzayr tetap bersetuju apabila dia dijodohkan dengan Khadeeja. Dengan alasan, mahu mengenang jasa.
"Namun, ada suatu hal yang membuatkan hatinya terpikat dengan Khadeeja.
Hadirnya gadis itu seolah-olah menutup segala kekurangan yang ada pada dirinya.
Dia lah cinta yang luar biasa buat Euzayr Eusoff.
Tolong vote selepas baca ya... Terima Kasih❤️💐