Haneira_01
Luthfina Qaireen membesar dalam keluarga yang penuh kasih sayang, menjadikannya seorang gadis yang percaya bahawa cinta adalah anugerah. Pertemuannya dengan Syah Hayqal semasa program kesihatan mental menumbuhkan perasaan yang tidak mampu dijelaskan, namun cukup untuk mengubah hidupnya.
Dari pertemuan itu, lahir sebuah ikatan yang dibina dengan doa dan harapan, disulami janji untuk saling mencintai dan melindungi. Namun kebahagiaan itu tidak kekal. Perpisahan yang terpaksa diterima memaksa Qaireen berdepan dengan luka, kehilangan, dan persoalan yang tidak pernah dia minta.
Walaupun kebenaran akhirnya terbongkar, ia datang terlalu lewat. Luka sudah terlalu dalam, kepercayaan telah musnah, dan cinta yang pernah indah kini hanya meninggalkan parut.
Di antara sisa perasaan yang belum padam dan kenangan yang enggan pergi, Qaireen harus memilih memberi peluang kedua kepada cinta yang pernah melukainya, atau melangkah pergi demi menyelamatkan dirinya sendiri.
Adakah mereka bakal bersatu,
atau takdir telah menetapkan bahawa cinta ini... cukup sampai di sini?
Kerana ada cinta yang tidak pernah mati,
tetapi tidak semua cinta ditakdirkan untuk kembali.