KayleeHazz
Luthfia Humaira ialah seorang gadis yang ceria dan peramah. Pada umur 25 tahun dia dikahwinkan dengan seorang lelaki yang bernama Rayyan Hafiz yang berumur 28 tahun. Dia seorang lelaki yang baik, peramah serta anak yang soleh. Walaupun perkahwinan mereka diaturkan oleh keluarga masing-masing, mereka tetap bahagia dan berusaha untuk saling sayang menyayangi.
Malangnya, pada usia 2 bulan perkahwinan mereka, Luthfia Humaira diuji dengan kematian suaminya akibat kemalangan ketika suaminya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka. Luthfia Humaira tidak dapat melupakan suaminya, lalu berpindah ke Korea Selatan dan memulakan kehidupan baru di sana.
Setelah beberapa bulan tinggal di sana, Luthfia Humaira disahkan hamil 6 bulan. Dia terkejut kerana dia tidak menyangka dia mengandung kerana tidak terlalu ketara perubahan pada perutnya. Tetapi, dia tetap meneruskan hidupnya bersama anaknya. Pada tahun yang sama, dia bertemu dengan seorang lelaki a.k.a boss barunya. Muka persis arwah suaminya tetapi perangai jauh berbeza. Kim Jin Woo, seorang bos yang suka membuli Luthfia Humaira tetapi akhirnya jatuh cinta pada mangsa bulinya itu.
"I love you." Kim Jin Woo
"What??!! What are you talking about? Are you sick?" Luthfia Humaira
"Humaira, sudi tak awak jadi isteri saya?" Ryan Adam
Sudah! Siapa pulak Ryan Adam ni? Konflik dengan bossnya yang kaki buli tu tak selesai lagi, muncul pulak Ryan Adam. Aduh! Stress aku nak! Apakah kesudahan bagi Luthfia Humaira?