Musathemuse_
Luna Delilah tidak pernah memilih takdirnya sendiri. Demi kepentingan dua keluarga bangsawan yang berpengaruh, dia dipaksa berkahwin secara rahsia dengan Arsalan Mikhael, anak kedua keluarga Mikhael.
Tiada majlis besar. Tiada pengumuman. Dan tiada sesiapa pun di luar kedua-dua keluarga itu yang mengetahui tentang perkahwinan mereka.
Dengan aura melankolik yang sentiasa menyelubungi dirinya, Luna menjadi misteri di kediaman keluarga Mikhael. Orang ramai hanya mengenalinya sebagai gadis muda yang tinggal bersama keluarga itu, ada yang menyangka dia anak angkat kepada Argus Mikhael, ketua keluarga Mikhael yang disegani.
Namun, tiada siapa yang tahu bahawa wanita yang sentiasa berdiri di sebalik keluarga Mikhael itu sebenarnya ialah isteri kepada Arsalan Mikhael.
Dan dalam sebuah keluarga yang dibina atas kuasa, rahsia, dan pengorbanan, menjadi The Bride of Arsalan Mikhael mungkin merupakan takdir yang paling berbahaya.