Malayhistorical Stories

Refine by tag:
malayhistorical
malayhistorical

1 Story

  • TAKDIR MAKHOTA YANG DITULIS | OG | by Estelle_Rose3
    Estelle_Rose3
    • WpView
      Reads 26
    • WpPart
      Parts 5
    TAKDIR MAHKOTA YANG DITULIS Seorang gadis moden yang hidupnya dipenuhi dunia teknologi, novel, pena, imaginasi, dan cerita cinta ciptaannya sendiri tidak pernah menyangka bahawa satu malam biasa akan mengubah seluruh kewujudannya. Ketika gadis itu menutup novel Melayu bertemakan sejarah yang sedang ditulis oleh dirinya, dan melelapkan mata. Tiba-tiba dunia di sekelilingnya runtuh dan dia terbangun di dalam dunia yang pernah lahir dan tercipta dari fikirannya sendiri. Namun ini bukan sekadar dunia fantasi. Ini adalah Langkasuka. Sebuah kerajaan agung yang penuh adat, darah diraja, dan takdir yang sudah lama tertulis. "Aku, dekat mana ni..?" -Alya Inara Di alam sana, gadis itu bukanlah sesiapa yang penting. Dia hanya adalah seorang gadis asing yang tidak sepatutnya wujud dalam dunia itu. Namun takdir mempertemukannya dengan seorang putera yang tidak pernah tunduk kepada sesiapa, iaitu Tengku Adiwira Langkasuka, pewaris mahkota yang disegani dan ditakuti. "siapakah dikau wahai saudari..?" -Tengku Adiwira Langkasuka Setiap langkah putera itu, pernah ditulis oleh gadis itu. Setiap pengkhianatan yang bakal berlaku, dan setiap pengakhiran cinta itu, sudah pun tertulis dalam manuskrip yang kini menjadi kenyataan. Di antara mahkota dan pena, di antara cinta dan takdir, dia terpaksa memilih. Antara mengubah cerita yang dia sendiri cipta... atau kehilangan lelaki yang kini menjadi seluruh dunianya. Kerana di Langkasuka, takdir bukan sekadar sesuatu yang berlaku. Ia adalah sesuatu yang pernah ditulis oleh tangan gadis itu sendiri.