thvluna_
"Don't touch her. She's mine." - The Dark Night
Dahulu, dia hanyalah seorang gadis lemah yang sering menjadi mangsa buli. Kata-kata nista dan layanan buruk sudah menjadi makanannya sehari-hari. Namun, masa mengubah segalanya. Gadis yang pernah dipandang rendah itu kini bangkit sebagai sosok yang dingin dan sukar didekati, namun kecantikannya yang luar biasa mampu memikat setiap mata yang memandang.
Kehadirannya semula bukan sahaja memukau, malah mula membibitkan rasa cinta di hati mereka yang pernah menghinanya dahulu. Namun, penyesalan mula menghimpit jiwa apabila melihat wanita yang dicintai itu kini melayan mereka tidak lebih daripada seorang musuh. Segala kelembutan dan senyuman manisnya hanya diberikan kepada orang lain, meninggalkan mereka dalam kesakitan dan kelelahannya sendiri.
Walaupun masa berlalu, api cinta di hati mereka tetap membara, malah semakin kuat. Melihat si dia semakin rapat dengan lelaki lain mencetuskan rasa cemburu yang luar biasa hebatnya. Perasaan cemburu yang mula menguasai kewarasan sehingga mereka bertindak di luar kawalan.
Adakah The Dark Night mampu memenangi semula hati cinta sejati mereka dengan cara yang baik, atau adakah obsesi dan cemburu buta akan memusnahkan segalanya?