Истории Masasilam

Выбор тегов:
masasilam
masasilam

3 Story

  • Jejak yang tertukar на maulialhidyah
    maulialhidyah
    • WpView
      Прочтений 107
    • WpPart
      Частей 11
    Ain, seorang wanita muda yang pernah digelar pelajar pintar, kini hidup dengan seribu penyesalan. Selepas berhenti dari kolej V akibat tekanan mental dan hidup yang berliku, dia merasa jauh tertinggal daripada rakan-rakan sebaya yang sudah berjaya. Dalam diam, Ain berangan seandainya jejak hidupnya tertukar-bukan masuk KV, bukan berhenti belajar, tetapi terus melangkah ke arah cita-cita asalnya. Fantasi itu membawanya ke dunia di mana dia berjaya, namun kehilangan insan yang paling dia sayang. Di persimpangan mimpi dan realiti, Ain belajar satu hakikat: tidak semua jejak yang "tersasar" itu sia-sia. Kadang-kadang, Tuhan menukar jejak hidup kita untuk hadiah yang lebih berharga daripada apa yang kita sangkakan.
  • Hati Untuk dia на K7Ra_c
    K7Ra_c
    • WpView
      Прочтений 3,286
    • WpPart
      Частей 20
    Aleeya Arissya gadis biasa yang bekerja sendiri. Tidak pandai bersosial jadi teman lelaki juga dia tidak punya. Dia hanya fokus dengan kerjayanya yang mengusaha kafe dengan titik peluhnya. Hazzar Iskandar lelaki bekerja di bidang pasukan beruniform. Dia bukan lelaki yang senang di dekati namun dia sudah mempunyai tunang bernama Ariyana. Iskandar dan Arissya walaupun mereka hidup berjiran tetapi mereka tidak ubah seperti orang asing yang saling tidak mengenali. Namun niat Iskandar ingin mengahwini Ariyana tidak kesampaian apabila pengantin wanita lari dari majlis pernikahan. Tanpa diduga Aleeya dilamar oleh ibu Iskandar agar mengahwini Iskandar demi menutup malu keluarga. Namun, siapa sangka Aleeya yang pada mulanya tidak menerima akhirnya berkata setuju. Tetapi, tiada siapa yang tahu di sebalik persetujuan itu Aleeya mengharapkan Iskandar mampu menjadi pelindung buatnya ataupun menjadi 'White Knight in Black Armor' dari masa lalunya. Sebaik ijab kabul saya adalah milik awak Iskandar. Dan saya harap awak mampu menerima kekurangan dan keburukan saya. Mungkin bukan hari ini dan bukan esok. Dan mungkin satu hari nanti. Saya juga berharap awak mampu menjadi tempat saya berlindung. Tempat saya bersandar. Tempat selamat untuk saya kembali. Mungkin satu hari nanti akan ada bahaya mendatang awak tidak putus asa menjadi insan yang melindungi dan menyelamatkan saya - Aleeya Kalau kau nak aku jadi pelindung, sentiasalah berada di sisi aku - Iskandar Disaat mereka sudah mula mempunyai bibit cinta datang, orang ketiga datang memusnahkan cinta yang baru dipupuk. Di tambah kegelapan kembali mengejar dan menagih nyawa Aleeya. Bagaimanakah Aleeya mempertahankan rumah tangga mereka dan dapatkan Aleeya lari dari masa lalunya atau dia terpaksa kembali di mana dia yang dulu? Dan dapatkan Iskandar melindungi Aleeya dari kegelapan yang semakin mendekat? Cliche? Not sure, maybe no #thriller #killer #swat #lovestory #blackorganization #gamers #hackers
  • DOSA YANG BERNAMA RAFEAH (LIMITED EDITION) на teratak_kasih
    teratak_kasih
    • WpView
      Прочтений 86
    • WpPart
      Частей 1
    Tajuk : Dosa Yang Bernama Rafeah (Limited Edition) Penulis : AK Raffhan Terbitan : Oktober 2019 ISBN : 978-967-17234-2-5 Penerbit : Penerbitan Teratak Kasih Harga : RM38 (SM) / RM43 (SS) termasuk kos penghantaran Blurb: RAFEAH. Sedari umurnya enam belas dia terjebak DOSA. Pada awalnya dia terseksa, sesal dan kesal, namun lama kelamaan dia mula terbiasa. Tanpa DOSA, hidupnya resah. Terbuat pahala, dia serba salah. Sehingga pada akhirnya dia mulai jelak dengan semuanya. Lantas dia membawa semula diri ke tempat asalnya. Maliki, Faizal, Rashid dan Zahin. Hadir mereka membawa suka, duka bahkan petaka dalam hidupnya. Rafeah terperangkap; antara nafsu yang buat dia lesu dan cinta yang buat dia jadi tak terkata-kata. "Kalau hang sikit pun tak ada rasa malu pada manusia, malulah pada TUHAN! DIA maha melihat!" -Maliki "Orang kotor macam aku ni, baca Quran banyak mana pun, hati payah nak tenang. Dah tak boleh suci kut jiwa hitam aku ni. Kalau dah kotor tu, kadang cuci dengan Clorox pun kotor tak hilang jugak. Aku boleh diibaratkan macam tu lah." - Rafeah "Sudi tak Feya jadi isteri abang?" - Faizal "Kahwin dengan pak su..." - Maliki "Kenapa? Hang tak boleh bimbing aku?" -Rafeah Rafeah keliru. Antara Maliki dan juga Faizal, hati sukar membuat pilihan. Sudah lama dirinya jauh daripada kasih sayang. Baik kasih sayang sesama manusia, mahupun TUHAN. Pendosa seperti dia, layakkah untuk dicintai dan mencintai? Dan tatkala hidayah mula mengetuk hati, TUHAN menguji lagi. Lalu Rafeah kembali bertanya, benarkah TUHAN benci padanya?