zayezephyr
Muflis. Itulah yang menimpa keluarga Arif. Mereka jatuh miskin sekelip mata.
Dia sudah lali dengan gaya hidup mewah. Takkan dia rela hati mahu jadi pesawah? Arif tak mampu terima hakikat kehidupan sudah berubah.
"Kalau awak orang kaya, kenapa duduk kampung?" -Mastura.
Dia rasa tertampar dengan kesinisan gadis itu. Ego lelakinya tercabar. Arif tekad, dia akan buktikan kepada gadis itu, dia juga mampu. Dia bukan lemah.
"Mas kahwin awak mahal tak?" -Arif.
Sesiapa pun ingin bahagia. Begitu juga mereka. Namun di saat mereka sedang bahagia, masa lalu Arief kembali menghantui.
Kala malam menjelma, masihkah ada cahaya rembulan biarpun awan berlabuh?