dewiiamara
Karya Kedua Dewi Amara | Complete
*Karya ini adalah hasil idea asli saya sendiri. Mohon kerjasama anda untuk menghormati hak cipta dan tidak menyalin atau menjiplakβ οΈ
ππππ πππππ ππππππ & ππππππ πππππ πππππ & ππππππ ππππππ
Chris Daniel, seorang lelaki dari keluarga kaya raya, telah menutup pintu hatinya sejak kehilangan tunangnya, Aqeela Izzati, yang maut seminggu sebelum hari perkahwinan mereka. Cinta Chris seolah-olah mati bersama Aqeela, dan tiada siapa mampu menggantikannya-termasuk Amelia, atau lebih dikenali sebagai Amel, adik angkatnya yang pernah menarik perhatiannya sejak kecil, namun perasaan itu disembunyikan dan ditepis jauh dari hatinya.
Ibu bapa Chris memaksa anaknya menerima Amel sebagai bakal isteri kerana tidak sanggup melihat Chris terus tenggelam dalam kesedihan. Chris menolak, kerana baginya tiada wanita mampu mengisi kekosongan hatinya. Namun demi desakan keluarga, dia akhirnya akur-tanpa cinta.
Amel pula menyimpan luka sendiri. Sejak kecil dia ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya dan hidup dengan ketakutan akan penolakan. Setiap langkahnya untuk mendekati Chris dibalas dengan sikap dingin, dan kasar menambah luka di hatinya.
Kini mereka disatukan tanpa cinta-seorang lelaki yang takut mencintai selepas kehilangan, dan seorang wanita yang takut ditinggalkan akibat luka masa lalu.
Persoalannya, adakah cinta akan benar-benar tumbuh di antara dua jiwa yang terluka ini, atau perkahwinan mereka hanya akan menambah derita?
Start : 25 DEC 2025
End : 31 JAN 2026