Melayuklasik قصص

التنقيح بـ وسم:
melayuklasik
melayuklasik

1 قصة

  • Janji, Tak Jatuh Cinta! بقلم HaziqahChinta
    HaziqahChinta
    • WpView
      مقروء 10
    • WpPart
      فصول 2
    Mereka berdua pernah berkongsi rasa yang sama. Pasangan cinta lokasi. Dari layar skrin hingga ke dunia realiti. Indah bagai pinang dibelah dua. Sehinggalah suatu ketika, cinta mereka berakhir tanpa khabar. Sebabnya? Hanya mereka berdua yang tahu. "I just hope that I will never see you again, Adrean!" - Eliana Hanee Ternyata lima tahun membawa nasib yang sungguh berbeza buat mereka berdua. Adrean Mateen jejaka hero malaya yang terus berkembang pesat kerjayanya dalam bidang lakonan. Wajah kacak itu tidak pernah bosan muncul di setiap layar. Sepertinya, semesta sedang berpihak kepada lelaki itu. Sedangkan Eliana, masih tergapai-gapai demi mencari sesuap nasi. "Tell me one reason why I should work with you?" - Adrean Mateen "Sebab peminat kita mahukan Bangsawan musim kedua." - Eliana Hanee "Peminat mahukan... atau awak yang perlukan projek ini?" - Adrean Mateen Hatinya mahu memberontak. Jiwanya ingin menjerit. Apatah lagi dengan sikap lelaki itu yang dirasakan begitu angkuh dan sombong. Namun apakan daya jika luka lama di hatinya merupakan satu-satunya jalan keluarnya daripada belenggu masalah yang menimpanya kini? Satu perkara yang pasti, mereka bersumpah tidak akan jatuh cinta lagi! "Andai saya diberi peluang untuk putarkan kembali waktu... andai sahaja saya diberi peluang untuk memilih... saya tidak akan sesekali memilih nama ini lagi jika harganya adalah kehilangan seseorang yang paling saya cintai." - Adrean Mateen Siapa sangka, disebalik wajah tenang itu sebenarnya terselit seribu satu penyesalan yang tidak pernah dia ungkapkan. Dalam usaha mereka berpura-pura tidak lagi menyimpan perasaan, garisan antara watak drama dan kenyataan mula kabur. Bagaimana jika hati sendiri memungkiri ikrar yang pernah mereka buat dengan penuh keyakinan suatu ketika dahulu?