velvetnoirstories
Diana Maisara (29 Tahun)
Fizikal: Tinggi 155cm-comel sangat kalau berdiri sebelah lelaki tinggi, tapi jangan main-main dengan "haba" dia.
Vibe: Hidup dia nampak biasa-biasa, tapi sebenarnya dia seorang survivor. Diana ni sejenis "pelangi" yang pernah dilanda ribut besar,dia pernah hilang orang tersayang serentak, jadi dia tahu macam mana rasanya sakit dan perit kehilangan.
Personaliti: Dia adalah definisi mood swing yang manusiawi. Kalau dia tengah happy, satu bangunan boleh dengar gelak dia. Tapi kalau dia sedih, dia boleh hilang dalam dunia sendiri. Garang? Memang ya, tapi hati dia penuh taman bunga.
Rutinitas: Penagih hot coffee tegar. Tak ada kopi panas, tak jalanlah hidup dia.
Bonus: Walaupun nampak macam iron lady, sebenarnya ada seorang "pemilik hati" yang sangat sweet dan omey yang selalu jadi pengubat duka dia.
Ikmal Zafran (35 Tahun)
Fizikal: 180cm. Pakej lengkap, hot nak mampos! Sekali dia lalu, boleh pusing leher orang menengok.
Vibe: Pengarah muda yang kaya-raya. Tapi duit bukan segalanya sebab dia pun bawa parut luka yang sama,iaitu kehilangan orang paling rapat dalam hidup dia. Itu yang buat dia sangat berhati2 dengan sekelilingnya.
Personaliti: Lelaki yang penuh dengan kejutan. Kadang-kadang dia dingin nak mati macam ais batu kat kutub, tapi bila masuk air dia, lawak bodoh dia boleh tahan juga! Sekali dia datang angin romantik... haih, boleh cair lantai dibuatnya.
Rutinitas: Bertentangan dengan Diana, dia peminat ice coffee tanpa gula. Pahit, macam perangai dia yang "very the jahat" tu.
Status: Single tapi bukan sebarang single. Dia tahu dia hebat, dan dia suka mainkan emosi orang lain.