wansingle40
Arif Ikhwan, 21 tahun - pelajar Universiti Adra yang selalu dipuji sebagai "anak emas fakulti". Cemerlang, tenang dan tak pernah gagal. Tapi tak ramai tahu tekanan yang Arif tanggung... dan rahsia besar yang dia sorokkan daripada semua orang.
Pada malam dia menyiapkan projek penyelidikannya, Arif hilang tanpa jejak.
Namun dia sebenarnya tidak hilang - dia terperangkap dalam "Laluan Tanpa Waktu", sebuah ruang senyap di antara kesedaran dan kehampaan. Tempat di mana masa tak bergerak, cahaya dan kegelapan bertembung, dan fikiran manusia menjadi senjata paling berbahaya.
Di dunia sebenar, penyiasatan bermula.
Di laluan itu, Arif belajar satu perkara:
Kegelapan itu bukan makhluk.
Ia adalah dirinya sendiri.
Untuk pulang, Arif perlu menembusi memorinya yang paling dia tak berani sentuh - dan mencari "satu cahaya" yang mampu tariknya keluar sebelum laluan itu memadamkan kewujudannya.