S00w0n
𝐌𝐨𝐨𝐧 𝐆𝐚𝐧𝐠𝐭𝐚𝐞 𝐱 𝐘𝐞𝐨𝐦 𝐌𝐢𝐣𝐞𝐨𝐧𝐠
𝗚𝗲𝗻𝗿𝗲: 𝗛𝗲𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗿𝗼𝗺𝗮𝗻𝗰𝗲 / 𝗦𝗹𝗶𝗰𝗲-𝗼𝗳-𝗟𝗶𝗳𝗲
Bagi Moon Gangtae, hidup adalah sebuah rentetan tanggungjawab yang tidak berpenghujung. Mengabdikan diri merawat pesakit di wad psikiatri, dia menjadi tempat bersandar bagi jiwa-jiwa yang rebah. Namun di sebalik senyuman tenangnya, ada parut masa lalu yang disembunyikan rapi. Dia terlalu sibuk menjaga ibunya yang trauma, sehingga dia terlupa untuk membalut lukanya sendiri. Baginya, cinta hanyalah satu beban yang tidak mampu dipikul.
Bagi Yeom Mijeong, dunia ini terlalu bising, lalu dia memilih untuk bersembunyi di balik kebisuan. Sering disisih dan disalah erti kerana luarannya yang kelihatan beku dan dingin, dia mencipta ruang selamatnya sendiri melalui mata pena dan kanvas lukisan. Secara rahsia, dia menyembuhkan ribuan hati pembaca melalui penulisannya, sedangkan hatinya sendiri bergelut dengan rasa sunyi dan tidak berharga.
Satu petang yang hening di sebuah kafe kecil, takdir menemukan mereka. Sekeping lakaran ringkas yang ditinggalkan oleh Mijeong menjadi titik mula yang mengusik jiwa lelah Gangtae.
-
Tiga tahun berlalu, garis masa kembali menyatukan mereka di tempat yang tidak didugakan.
Tanpa sedar, tembok pertahanan Mijeong yang selama ini kebal, perlahan-lahan runtuh ditiup kehangatan Gangtae. Dan beban berat yang menghempap bahu lelaki itu... secara diam-diam diringankan oleh kehadiran Mijeong yang sentiasa menenangkan.
"𝑩𝒆𝒓𝒔𝒆𝒅𝒊𝒉𝒍𝒂𝒉 𝒃𝒖𝒂𝒕 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒊𝒏𝒊, 𝒌𝒆𝒓𝒂𝒏𝒂 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒉𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒓𝒂𝒔𝒂𝒌𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒍𝒖𝒎 𝒌𝒆𝒃𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒂𝒑𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒍𝒂."