Thefiamoon
HIS MUTE WIFE: DARA SOFEA
Disebabkan perjodohan oleh keluarga Hairul, dia dan Dara berkahwin tanpa secebis perasaan cinta antara satu sama lain.
Namun Dara cuba menjadi isteri yang baik kepada Hairul walaupun dia hanya...
"Perempuan bisu! Aku kahwin dengan kau ni sebab family aku je. Kalau boleh dah lama aku ni pijak-pijak je otak kau yang bengap ni! Perempuan cacat!"
Dara hanya mampu bersabar dan melayan Hairul dengan lembut walaupun penampar yang dia dapat.
"Ingat! Jangan nak malukan aku dekat majlis ni. Faham?!" Dara mengangguk faham.
Walaupun Hairul membenci akan dirinya tapi dia tidak pernah membalas perasaan benci itu kembali. Malah dia mula berasa sayang dan jatuh cinta kepada Hairul walaupun dia tahu cinta dia tidak akan terbalas.
Hairul mula bersembang dengan beberapa orang di majlis tersebut. Dara pula hanya duduk di hujung dewan sambil memerhatikan Hairul. Dia ternampak ada lelaki yang ingin mengambil inhaler asthma dari poket seluar Hairul. Dia mahu menghalang tapi tidak tahu bagaimana. Dia bisu.
"Wlaa...auu...aler...."
Ramai tetamu mula ketawa akan dirinya yang berbunyi seperti orang bodoh.
Hairul menarik lengan Dara keluar daripada dewan dan menolak badan Dara di atas jalan tar yang kosong dan sunyi.
"Aku dah katakan jangan malukan aku! Yang kau pergi buat bunyi bodoh dah kenapa?! Dah tahu diri tu bisu,tak payah nak cuba-cuba bercakap! BODOH!"
Dara menangis tersedu sedan. Dia cuma nak selamatkan Hairul je sebab mummy ada bagitahu yang Hairul selalu terkena asthma,jadi dia selalu membawa inhaler bersamanya.
"Kau balik rumah jalan kaki! Anggap ini hukuman kau sebab malukan aku tadi! Nasib baik dia orang tak tahu yang kau ni isteri aku. Kalau tak memang aku bunuh kau dekat sini! Faham?!"
Lalu apakah pengakhiran kisah mereka? Kematian atau sebaliknya?
START: 29 JUN 2025
END:
DILARANG PLAGIAT ❗❗❗