cherrieslilsun
#COMPLETED
Leona, seorang gadis berusia 21 tahun dari tahun 2003, dia berpindah ke negara Amerika Syarikat di Chicago kerana dia telah mendapat tawaran bekerja disana. Dia tinggal bersama anak saudara perempuannya yang berumur 6 tahun, Aina. Leona seorang interior designer dan dia selalu menghabiskan bermain piano di ruang bawah tanah rumah baru itu. Namun suatu malam, Leona bermain lagu nostalgia kegemarannya, tiba-tiba dia terdengar suatu suara " Tolong.. jangan biar aku mati ." Satu portal misteri terbuka dan membawanya terus ke tahun 1978.
Di zaman yang asing itu, Leona bertemu dengan Robert Bennet seorang remaja lelaki 18 tahun yang lembut, pendiam, dan selalu merasa "berbeza" daripada orang lain. Tanpa disedari, Leona sampai tepat sebelum malam tragis yang sepatutnya meragut nyawa Robert dan dia berjaya menyelamatkannya. Namun, selepas menyelamatkan Robert, Leona menghilangkan diri, meninggalkan remaja itu dengan seribu pertanyaan.
Robert menjadi terobsesi mencari "gadis masa depan" itu yang tak seorang pun percaya pernah wujud. Bertahun-tahun berlalu. Dia membesar dengan hanya satu memori yang kabur tetapi penuh makna: gadis yang menyelamatkan nyawanya.
Hingga satu hari di tahun 1981, Leona muncul semula di tempat kerjanya, tak berubah, masih 21 tahun. Rahsia antara masa, cinta dan takdir pun mula terbongkar. Mereka jatuh cinta perlahan-lahan, tetapi waktu bukanlah sesuatu yang boleh dikawal sepenuhnya.
Bolehkah Leona tinggal di masa lalu demi cinta yang tak sepatutnya wujud?
Atau takdir akan memisahkan mereka sekali lagi dan kali ini, untuk selamanya?