mysteryiq
Sinopsis :
Cerita ini mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Henry yang hidup di sebuah bandar besar. Henry merupakan seorang bangsawan yang kaya-raya dan kehidupannya amat mewah. Henry mempunyai sesuatu keistimewaan dan keistimewaan tersebut hanya diketahui oleh sahabat karibnya sahaja iaitu Felix. Keistimewaan yang dimiliki Henry ialah dia mempunyai kuasa elektrik yang luar biasa. Perkara ini berlaku setelah dia disambar petir sewaktu dia masih kecil. Dia sering menggunakan kuasanya untuk membantu orang lain yang berada dalam kesusahan. Kisah ini bermula sewaktu dia bertemu dengan seorang wanita yang bernama Rosa. Mereka berdua terjebak dalam satu situasi mencemaskan. Dalam situasi tersebut, Henry mendapati dia tidak dapat menggunakan kuasanya untuk membantu Rosa yang sedang berada dalam kesulitan. Apakah sebabnya? Apakah yang akan berlaku kepada Henry?
Selain itu, cerita ini juga mengisahkan pelbagai cabaran, rintangan dan konflik dalam kehidupan yang juga dilalui oleh lain-lain karakter. Terdapat banyak rahsia dan permasalahan yang harus dipecahkan dan diselesaikan. Apakah kesudahan kehidupan mereka? Teruskan membaca perjalanan kehidupan mereka yang akan diungkapkan dalam bab selanjutnya.
* 15 episod (masih tidak dapat dipastikan)
* Genre : Percintaan & Fantasi