syahorielle
Di sebalik kilauan empayar perniagaan global,
QarAyden Empire berdiri sebagai simbol kuasa mutlak.
Nayden Kaelen Almar, CEO muda yang dingin dan berprinsip,
dipercayai sebagai pewaris bersih-
namun hakikatnya, dia menyimpan satu identiti rahsia
yang mampu meruntuhkan seluruh aristokrasi elit.
Sementara itu, Arian Faael Narzha,
wanita ke-enam dalam keluarga Narzha yang berpengaruh,
bukan sekadar pemerhati.
Dia dibesarkan dalam keluarga yang mengajar bahawa
cinta adalah kelemahan,
dan kebenaran hanyalah alat tawar-menawar.
Pertemuan mereka bukan kebetulan.
Ia adalah permainan yang telah lama dirancang-
melibatkan pengkhianatan, kematian yang disembunyikan,
dan satu nama misteri yang mengawal segalanya dari balik bayang.
Apabila topeng satu demi satu jatuh,
Nayden dan Arian terpaksa memilih:
menjadi bidak dalam permainan elit...
atau menghancurkan papan permainan itu sendiri.
Kerana dalam dunia mereka,
yang paling berbahaya bukan musuh,
tetapi orang yang sanggup mencintai sambil memegang pisau.
they rule the city. But who controls the truth?
MULA:2 FEBRUARI 2026
TAMAT-
syahorielle
syahorielle ©
syahorille © all rights reserved