Rizone91
Taufiq Rahman, seorang pemuda kampung di Jerantut, tidak tahu bahawa dia adalah pewaris kuasa keramat dari keturunan Panglima Rahman, wira Johor yang pernah mendapat saka dua harimau sakti - Dengkes dan Tepok. Tragedi kematian ayahnya akibat pemburu haram membangkitkan amarah darah warisan itu, menjadikan Taufiq raksasa separuh manusia separuh harimau setinggi 3 meter, berotot seperti Hulk, dengan kekuatan yang mampu menghancurkan apa sahaja.
Namun, kuasa ini menarik perhatian Doktor Suria, saintis gila yang mencipta Tok Ganas, mutan buaya putih untuk merampas kekuatan saka Tora. Dalam konflik yang menghancurkan hutan-hutan Pahang, Taufiq perlu belajar mengawal amarahnya dengan bantuan roh Dengkes dan Tepok, agar dia menjadi pelindung Nusantara, bukan ancaman dunia.
Di antara dendam, warisan darah, dan pertempuran gergasi, lahirlah legenda baru - Si Tora, Harimau Jadian.