Avinade_
'Hidup ini terlalu mudah untuk aku bersusah-payah.' Itulah prinsip hidupnya dari dahulu sehinggalah sekarang. Dari kecil, apa sahaja yang dia hajatkan pasti akan dikabulkan oleh ibu bapanya.
Namun... kehadiran seorang jejaka telah mengubah keyakinannya. Tak pernah disangka-sangka, lelaki itu mampu mengubah hidupnya dalam sekelip mata.
Kemunculan Luqael Nazrin membuatkan Sereena Arzuwa tidak keruan. Lelaki seperti dia... satu dalam seribu!
Jika selama ini dia boleh mendapatkan apa sahaja, maka Luqael Nazrin telah membuktikan bahawa tiada apa yang mudah di dalam dunia ini tanpa usaha.
Sereena mampu mendapatkan sesiapa sahaja yang dia inginkan dengan kejelitaannya, tetapi... Luqael? Dingin.
Lelaki itu seperti bongkah ais yang sungguh keras. Tidak mudah cair atau pecah.
Mampukah Sereena menempatkan dirinya di dalam hati milik seseorang seperti Luqael Nazrin?
"Beli banyak-banyak dapat penjual sekali tak?" - Sereena Arzuwa
"Aku cuma jual lokcing dan sate, bukan diri aku." - Luqael Nazrin
Adakah wanita seperti Sereena Arzuwa mampu menambat hati seorang 'Luqael Nazrin'?
"Aku tak kosong, Luqael. Satu hari nanti, kau akan termakan dengan kata-kata kau sendiri." - Sereena Arzuwa
"Dalam mimpi. Pergi mampus dengan angan-angan kau." - Luqael Nazrin
Adakah takdir akan memihak kepadanya?
"To my dearest, Sereena Arzuwa..."
Bagaimanakah pengakhiran mereka?